Posts

Melakar Sejarah

Image
Sejarah bagi kebanyakan orang adalah sebuah matapelajaran di sekolah. Ramai pelajar yang kurang meminati matapelajaran sejarah kerana di dalam ujiannya kita selalu terpaksa menghafal pelbagai tarikh, nama, tempat kejadian serta pelbagai lagi fakta tentang peristiwa-peristiwa ‘penting’. Seorang guruku pernah mengingatkan bahawa sejarah ditulis menurut perspektif penulisnya. Penulis sejarah Inggeris (berperspektif penjajah) akan mengatakan yang Datuk Maharaja Lela adalah seorang pengganas; penulis sejarah Melayu (berperspektif dijajah) akan menyanjung orang yang sama sebagai Wira Pembebasan Bangsa; dan kalau aku punya perspektif, aku mungkin menganggap dia seorang kaya yang tidak ingin wilayah kekuasaan dan sumber kekayaanya diancam, mungkin juga dia membunuh tanpa motif bangsa sedikitpun. Dimanakah Sejarah bermula?; Adakah ketika aku menaip paragraph pertama tadi adalah sejarah?; Bolehkah itu dianggap Sejarah?; Kenapa Sejarah dipelajari dan dihayati?; Mampukah aku melakar sejarah?; pelb...

HUJAN

Image
Pagi ini ketika meninggalkan rumah, hujan rintik sedang turun mengingatkan aku kepada satu janji kepada seseorang untuk menulis tentang hujan. Memang akhir-akhir ini hujan sering turun di waktu pagi ketika kami memulakan hari. Hujan adalah satu rahmat yang diturunkan Allah untuk semua makhluk di bumi, setiap titisannya dipenuhi dengan keberkatan, kesuburan rezeki dan sumber kepada banyak kehidupan. Di dalam bidang ekologi, hujan adalah di antara faktor utama yang mempengaruhi ekologi sesebuah tempat, taburan hujan yang tinggi contohnya menjadikan Hutan Hujan Tropika memiliki diversiti kehidupan yang sangat tinggi, bayangkan satu kilometer persegi di dalam hutan hujan memilik diversiti yang berganda banyaknya berbanding seluruh Eropah. SubhanAllah aku rupanya dilahirkan di tempat yang memiliki berganda rahmat Allah. Begitupun kita sering bersungut tentang hujan. “Hujan yang turun bagaikan mutiara” antara bait-bait indah lagu Allahyarham Sudirman bertajuk ‘Hujan’yang menceritakan tentang...

Ketenangan Jiwa

Image
Kebetulan di dalam tulisanku semalam aku menyentuh 'Ketenangan Hati' dan secara kebetulan aku menemui kembali buku 'Iman dan Kehidupan' tulisan Dr Yusuf Al Qaradawi yang pernah aku sebutkan di dalam tulisan ku tentang Hidup dan Mati yang seringkali aku bacakan untuk arwah isteriku di hari-hari terakhirnya. Di dalam satu bab buku tersebut penulis menceritakan tentang satu pengalaman di dalam kehidupan mudanya; Dia menceritakan tentang bagaimana dia telah menyenaraikan satu daftar tentang kesenangan hidup yang diimpikan oleh setiap manusia. Setelah puas berfikir dan mentelaah di telah menyiapkan satu daftar, senarai daftar tersebut termasuklah [1]Kesihatan, [2] Kecintaan, [3] bakat, [4]kekuatan, [5] kekayaan dan [6] kemasyhuran. Setelah siap dia telah membawa daftar tersebut kepada seorang ahli fikir yang tua. "Satu daftar yang bagus, letak susunnya tidak mengapa, tetapi pada pandangan saya; kamu telah melupakan satu pokok yang terpenting. Kesemua yang terdaftar aka...

HATI

Image
Hati adalah satu organ di dalam badan kita yang memainkan peranan penting di dalam sistem perkumuhan tubuh kita, kegagalan fungsi hati akan menyebabkan masalah yang serius kepada tubuh, fizikalnya kulit akan menjadi sembab dan kekuningan sama seperti bayi yang menghidap demam kuning (jaundice) kerana hatinya belum berfungsi dengan baik. Aku pernah terbaca yang walaupun hati kita sakit, kita tidak dapat merasakan kesakitan di organ tersebut kerana jika hati mempunyai deria sakit, kita mungkin akan sentiasa merasa sakit. Lucunya jika fakta ini dikaitkan dengan 'sakit hati' di dalam kiasan bahasa melayu, rupa hakikatnya hati kita sebenarnya tidak boleh sakit; maka dari mana datangnya rasa ‘sakit hati’ tersebut. Teringat pula hadis yang mengatakan bahawa di dalam badan kita ini ada seketul daging, jika baik ianya maka eloklah seluruh anggota badan yang lainnya tetapi sebaliknya juga jika ianya buruk. Hadis ini merujuk kepada ‘hati’ bukan sebagai sebuah ‘organ’ tetapi sebagai kiasan...

PAGI

Image
Setiap hari kita dimulakan dengan sebuah 'Pagi'. Oleh kerana ianya sebuah permulaan maka kesannya terhadap seluruh 'mood' hari tersebut memang nyata. Ramai 'psikologist' yang percaya bahawa warna baju yang kita pilih di waktu pagi menggambarkan mood kita di hari tersebut, iklan 'Nescafe' menggambarkan indahnya pagi bila menikmatinya, 'Hujan Pagi' tajuk sebuah novel berat A.Samad Said, embun pagi adalah lambang kesucian yang menjelma sekejap sebelum hilang (teringat lagu Letto 'Sebelum Cahaya'), doa yang makbul adalah di sepertiga malam (awal pagi), apa-apa pun pagi memang satu detik yang mempengaruhi diri kita. Aku boleh secara 'vivid' mengenali beberapa pagi yang pernah aku lalui; bunyi lagu 'mari bersenam' ketika aku di asrama, celoteh 'mat cermin' di dalam SPM serta segmen Jejak Kasih ketika aku menjalani latihan amali, Lagu Roy 'Sejahtera Malaysia' ketika menaiki bas ke ofis di Taman Tun, roti canai dan...

Aku Skeptik

Image
Malam semalam aku terbaca pasal 'skepticism', satu aliran pemikiran falsafah yang percaya bahawa manusia tidak mungkin mencapai untuk mengetahui sesuatu secara hakiki; pengetahuan kita adalah setakat berkemungkinan benar atau selalunya benar tetapi bukannya kebenaran sejati. Aku teringat kepada filem 'Matrix' lakonan Keanu Reeve, di mana manusia cuma hidup di dalam memori virtual sahaja, segala pengalaman fizikal dan mental kita sebenarnya tidak benar, fizikalnya manusia hanya berbaring di dalam satu tiub inkubasi yang dikawal oleh komputer, segala pengalaman harian kita sebenarnya wujud di dalam sebuah jaringan matrik sahaja...jika kita boleh sedar kewujudan matrik tersebut (Neo watak Keanu Reeve) kita adalah sebuah ancaman kepada matrik itu sendiri.....untuk sedar tentang kewujudan matrik tersebut kita perlu menjadi seorang yang 'skeptik' dan bertukar menjadi seorang yang 'skeptik' adalah sebuah proses yang payah. Bayangkan kalau yang difilemkan itu be...

Mendedahkan Privasi di Jaringan Siber

Image
Lama betul aku tak menulis dan tiada alasan yang lebih baik selain malas berfikir. Sebagai ubat malas berfikir tersebut aku kini telah sampai ke taman permainan bernama facebook. Baru-baru ini aku telah 'dijemput' oleh seorang sahabat lama untuk menyertai 'facebook'. Satu langkah yang aku anggap sebagai saja-saja sahaja tapi akhirnya aku menjadi tertarik dengan cara perhubungan baru sebegini. Ramai rakan-rakan lama yang aku temui kembali; dan rakan-rakan baru pula boleh mengenali aku dengan lebih mudah. Caranya mudah cuma kemaskinikan maklumat diri kita di dalam facebook termasuk menuliskan apa yang sedang dilakukan kini...gerak rasa hati dan badan..letakkan gambar-gambar terbaru...(untuk kes rakan lama aku terpaksa letak gambar lama...mungkin wajah dan penampilan aku dah berubah) dan menuliskan nota-nota. (seperti aku meletakkan blog ini sebagai notaku) Aku rasa kekuatan utama rangkaian sebegini terletaknya kepada keupayaan untuk kita menjelajah rangkaian rakan-rakan k...

Aku Manusia KEJAM?

Image
Ketika ini seperti kebiasaan di setiap kesudahan semester, aku sedang sibuk memberi markah untuk pelajar-pelajarku. Aku teringat tentang artikel yang baru aku baca tak lama dahulu, tentang 'Milgram Studies' yang di lakukan oleh Milgram, seorang penyelidik psikologi di Yale. Dalam eksperimen itu, dia telah meminta orang-orang dari pelbagai latarbelakang yang dipilh secara rambang untuk menyertai eksperimen beliau. Orang-orang tadi diberi sehelai 'kot putih' dan diminta menjadi 'guru'. Mereka diberikan satu set soalan yang perlu ditanya kepada 'pelajar'(seorang pelakon). Jika subjek gagal menjawab soalan, penyoal akan menghukum dengan renjatan elektrik. Terdapat variasi kekuatan renjatan elektrik; paling rendah dilabel dengan '(15V) :renjatan lemah' dan paling tinggi dilabel dengan'(450V) BAHAYA: Renjatan yang amat kuat'. Renjatan diberikan untuk setiap jawapan yang salah namun kekuatan renjatan diberikan menurut pertimbangan 'guru'...

Manusia Halimunan (Invisible man) yang cuba menjadi Bebas

Image
Pagi ini seperti hari-hari yang biasa aku menaiki ERL ke KL. Dalam perjalanan tu aku terbaca pasal 'Invisible man' yang ditulis oleh Ralph Allison dalam tahun 50an dulu. Ceritanya bukan pasal manusia halimunan yang kita tengok dalam filem atau cerita XXRay tapi tentang seorang manusia yang merasakan yang dirinya 'invisible' kerana orang lain jarang sekali mengambil peduli tentang dirinya. Ketika menunggu KTM komuter aku berdiri statik menonton Selamat Pagi Malaysia. Tidak lama kemudian sebuah train dari Klang sampai dan secara tiba-tiba ramai orang mundar-mandir separa berlari di sekeliling aku. Terasa seolah-olah masa terhenti seketika untuk aku, tapi tidak bagi orang yang mundar-mandir dikejar masa disekelilingku (bayangkan keterbalikan bila Hiro Nakamura memberhentikan masa). Terasa juga aku ni seolah-olah seorang 'invisible man' kerana tiada siapa yang mempedulikan aku biarpun aku berdiri statik di tengah-tengah kesibukan manusia berlari-lari. Sangat terasin...

Morale, Moral dan Kuasa

Image
Dalam beberapa bulan yang lepas terjadi beberapa hal di tempat aku berkerja, berlaku banyak ketidaktentuan arah dan kecelaruan berpunca dari masalah kewangan. Banyak kerja susah untuk dilaksanakan dalam keadaan tidak berduit. Kebimbangan menekan beberapa orang rakan sekerja aku untuk menunjukkan tindak tanduk memberontak dan mengintai serta meronta mencari peluang di tempat lain. Aku akhirnya tiba ke soal 'morale' dan 'moral'. Ketidak tentuan menjadikan kita kehilangan 'morale' untuk terus fokus di dalam melaksanakan tugas. Pelajar-pelajarku ramai yang merasa terabai dan menjadi mangsa keadaan. Tugasan sukar dilaksanakan dan mutunya pula menjadi rendah malah mungkin sedikit terkebawah dari apa yang aku harapkan. Dalam situasi begini aku terpaksa cuba mengembalikan keyakinan mereka dan disitulah wujudnya persoalan 'moral' dalam melaksanakan tugasan. Sebagai pemeriksa dan penjaga mutu penghasilan pelajar aku perlu melihat 'keadaan' dan 'suasana...

Kesan Placebo

Image
Setelah sekian lama tak menulis, aku terpanggil sekali lagi untuk kembali menulis; seperti biasa aku tak menulis atau bercerita kalau tak ada apa yang nak diceritakan dan aku tak ada cerita kalau aku kurang membaca. Baru-baru ini (sejak pindah ke Nilai) aku mempunyai lebih masa untuk membaca dalam perjalanan menaiki 'train' pergi dan balik kerja setiap hari. Jadi aku ada cerita yang nak diceritakan. Beberapa hari yang lalu aku terbaca pasal 'Placebo effect' iaitu satu kesan psikologi yang dialami oleh penerima sesebuah 'rawatan'. Menurut kajian yang dilakukan sesetengah pesakit akan pulih dari sakit yang dialami setelah diberikan 'ubat' yang sebenarnya bukan ubat tetapi sesuatu bahan yang tidak seharusnya memberikan kesan baik atau buruk (contohnya air sirap untuk pesakit batuk) tetapi pesakit menunjukkan kesan pemulihan atau pulih terus. Malah di Rusia mereka telah cuba melakukan 'Placebo surgery' untuk pesakit parkinson ( sebenarnya mereka han...

Pencentus Perubahan

Image
Kali pertama aku ingin memulakan ceritaku dengan sebuah gambar yang telah aku gubah...satu cetusan rasa mengikut kaedah baru untuk bercerita yang ingin aku cuba. Minggu lalu, Aku dan Aiman (anakku) telah menonton cerita X-man di TV, dia begitu teruja dengan watak 'Wolverine' di dalam cerita tersebut, keesokan harinya dia mengambil sebuah pembaris patah dan bergaya sebagai Wolverine. Aku pula mengambil gambarnya dan mengubahnya menggunakan sebuah perisian ' desktop publishing' menjadikan gambar di atas. Memikirkan kembali peristiwa tersebut, aku terfikir tentang cetusan idea yang benar-benar tulen di manakah mulanya? Aku tercetus rasa untuk menggubah gambar tersebut kerana Aiman yang telah mendapat idea daripada cerita X-Men. Filem X-Men tersebut pula difilemkan berdasarkan sebuah komik besiri terbitan Marvel. Watak-watak komiknya diadaptasikan berdasarkan beberapa bentuk kuasa alam, Wolverine contohnya berdasarkan kuasa pemulihan serigala, Storm puala kuasa taufan da...

KUAT

Setelah genap empat bulan 'kepergian' arwah isteriku, aku baru rasanya menemui kekuatan. 'Kuat' di sini bukan bermakna aku tidak berdaya untuk melakukan sebarang kerja selama ini; cuma 'fokus' aku di dalam melakukan sebarang kerja agak 'lemah'. Mungkin aku sengaja menjadikannya alasan selama ini untuk melewakan kerja tapi rasanya kali ini aku betul-betul lemah, ianya satu alasan yang 'emosional' tapi kini aku sedar 'kekuatan' emosi di dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Aku teringat kembali kepada buku 'Emotional Intelligence' tulisan Daniel Goldman yang aku baca ketika aku masih 'berkawan' dengan arwah isteriku. Ketika itu aku sangat berkeyakinan yang emosi seharusnya begitu mudah di'kawal' secara praktikalnya. Contohnya andai kata kita sedang berbincang dengan seseorang dan kita menjadi marah; jantung kita akan berdegup dengan lebih kencang melebihi aras biasa; maka kita harus memberhentikan perbincangan te...

Hidup dan Mati

Sangat lama rasanya aku telah berhenti daripada menulis di ruangan ini, semuanya bermula bila fakultiku berpindah ke bangunan baru. Bila aku sampai di sini segalanya 'mati', tiada semua kemudahan, tiada tempat makan, tiada internet, tiada talian telefon, tiada komputer; kemudaian segalanya sedikit demi sedikit menjadi 'hidup' dan kini peluang untuk aku 'menghidupkan semula' blog ini ditakdirkan Allah tiba juga. Khabarnya di bangunan fakultiku yang lama menjadi seolah-olah 'mati', tidak lagi riuh dan sibuk dengan pelajar, banyak kelas-kelas yang terbiar kosong dan peralatan yang ditinggalkan serta kurang dimanfaatkan, begitupun aku yakin ianya akan 'hidup' semula satu hari nanti. Hidup dan mati sememangnya sebahagian dari kita; kita asalnya 'mati' kemudiannya dihidupkan dan akan mati lagi sekali sebelum dihidupkan selamanya. Ini bukan idea tapi sebuah 'ingatan' yang sering bermain difikiranku buat ketika ini. Mungkin kerana aku ...

Pelajar senibina, bengkel dan perjuangan.

Aku baru pulang dari menghadiri 'Bengkel Pelajar Senibina ke 19: Olympiarch" di UTM pada 18-22 Jun 2006. Secara sejarahnya, bengkel tersebut dianjurkan setiap tahun oleh pelajar senibina di Malaysia. Aku sendiri pernah terlibat sebagai AJKK (AJK Kecil) pada bengkel yang ke 3 (Tema: Man and Built Environment dalam tahun pertama aku di USM), menghadiri bengkel di ITM (Tema:New Horizon), bengkel di UTM (Tema:Legase)dan seterusnya menjadi timbalan pengarah projek pada bengkel ke 6 (Tema: Realizations;Minggu Alam Bina pertama). Ketika aku di tahun kelima, USM sekali lagi menjadi penganjur (Tema: Convergence)dan aku pernah menjadi pensyarah pengiring untuk pelajarku ke beberapa lagu bengkel di UM dan UPM. Mengkagumkan apa yang aku kira sebagai satu cara untuk mendapat kredit ko-kurikulum ketika di tahun satu, 15 tahun dahulu masih lagi aku ikuti perkembanganya. Sebenarnya tidak banyak atau sedikit sahaja perubahan dari segi kemajuan hasil bengkel yang dianjurkan bertahun-tahun in...

Darwin dan Khalifah Bumi Allah

Darwin dan Khalifah Bumi Allah Aku sedang menghabiskan buku ' Senarai 100 orang paling berpengaruh di dalam sejarah' tulisan Michael H.Hart, sebuah buku yang amat menarik dan santai untuk dibaca kerana setiap tokoh diterangkan di dalam 4 atau 5 mukasurat sahaja. Setakat hari ini (lebih kurang seminggu setelah kau membelinya) aku telah menghabiskan separuh buku. Banyak pekara yang menarik tentang buku ini, pertamanya kerana Hart meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai manusia yang paling berpengaruh di dalam sejarah (sedangkan beliau sendiri mungkin beragama Kristrian), beliau meletakkan baginda sebegitu tinggi kerana keupayaan Nabi Muhammad membangunkan tamadun dari keadaan yang hampir mustahil untuk membangunkan tamadun; Nabi Muhammad saw seorang ummi (buta huruf), bukan golongan berada, tinggal di tengah-tengah padang pasir yang gersang, masyarakat disekitarnya jahilliah dan berpecah belah mengikut kabilah, tetapi berjaya membangunkan tamadun (dengan pimpinannya sendiri) mela...
Dalam penulisan yang lepas aku berjanji untuk cuba menerangkan tentang apa yang aku cuba fahami tentang falsafah 'deconstruction' Derrida; oleh kerana kecetakan pengetahunku tentang kesusteraan maka aku memilih untuk membincangkannya dari perspektif senibina/arkitektur. Di dalam konteks Senibina; idea Derrida menjadi hangat diperkatakan dan menjadi satu gaya aliran senibina sejak ianya digunakan oleh beberapa arkitek terkenal seperti Peter Einsemen, Frank Gehry dan Bernard Tschumi. Idea Derrida telah cuba diterjemahkan menjadi senibina oleh Bernard Tschumi di dalam penghasilan Parc de la villette (mungkin hasil realisasi deconstruction terbesar setakat ini). Di peringkat awal, Derrida agak ragu kenapa senibina berminat dengan 'deconstruction' yang anti-bentuk (form), anti-struktur(structure) dan anti-hieraki (hierarcy); sesuatu yang bertentangan dengan prinsip asas senibina' namun itulah yang secara tepat diinginkan oleh Tschumi. Tsuchmi pula berminat untuk mencar...
Hampir sebulan aku tidak menulis sebarang idea, bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi sebulan ini aku banyak menelaah untuk subjek design theory ku. Menariknya aku terpanggil untuk membaca 'Notes on the Synthesis of Forms' oleh Christopher Alexander, sebuah buku lama yang sepatutnya aku telah baca semasa masih belajar lagi. Aku pernah merujuk buku ini ketika menyiapkan disertasiku namun tidak membacanya secara konsisten seperti sekarang ini. Anehnya, apa yang aku fahami kini jauh berlainan dengan apa yang aku fahami dulu! Aku rasa keanehan itu bukan kerana lain isi kandungannya atau susunan ceritanya tetapi arah dan penetapan pemikiran ketika membaca. Ketika merujuk buku ini dahulu aku cuba mencari points yang boleh menyokong disertasiku tanpa melihat secara mendalam konteksnya tetapi kini aku rasa aku lebih memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Christopher Alexander kerana memahami konteksnya. Kisah yang sama berlaku dalam penafsiran ayat al ...

Manusia Luar Biasa

Manusia Luar Biasa Petang tadi aku menonton sebuah kisah menarik karya Stephen King, Heart in Atlantis; kisah pengalaman seorang kanak-kanak (Bobby) bertemu dan mengalami pelbagai pengalaman hidup bersama Ted (lakonan Anthony Hopkins) yang merupakan seorang psikitari di dalam pelarian dari sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika. Pertemuan yang singkat tersebut menyedarkan Bobby tentang banyak pekara di dalam hidupnya kerana Ted adalah seorang manusia 'luar biasa' di dalam pelbagai pekara. Rasanya mungkin aku tidak pernah menemui seorang manusia sehebat Ted, tetapi ada ramai manusia yang aku temui memberikan impaks di dalam hidupku sehebat kesan Ted keatas Bobby. Di antara manusia tersebut adalah guru lukisanku di tingkatan dua; Cikgu Mansor Ghazali. Pertemuan kami hanya lebih kurang setahun (sepanjang aku di tingkatan dua di SDBL) tetapi impaksnya mungkin sehingga sepanjang hidupku. Ketika di tingkatan dua, kami diminta memilih samada mengambil subjek Lukisan atau Agama Islam...

Kenapa Manusia Mencipta Teori

Kenapa Manusia Mencipta Teori Pemikiran manusia adalah amat kompleks, amat sukar untuk memahami bagaimana manusia berfikir. Akhir-akhir ini banyak pihak yang cuba menerangkan bagaimana manusia berfikir dengan membandingkannya dengan kaedah komputer bekerja, dengan kaedah inipun masih jauh lagi pemahaman kita tentang cara kita berfikir. Sekarang ini aku sedang banyak menelaah untuk satu subjek baru; Architecture Design Theory. Masa aku di USM, ini adalah salah satu subjek yang aku minati biarpun aku tidak mendapat markah yang bagus untuk subjek tersebut (mungkin kerana aku terlalu berteori menjadikan teori itu terlalu teoritikal tetapi tidak praktikal). Anehnya subjek teori senibina (ketika itu di USM) adalah sebuah subjek 'option' maka ramai pelajar yang tidak merasakan perlu mengambilnya. Tambahan pula yang mengajarnya adalah En Wan Burhanuddin (En Wan). Seingatan aku ketika itu ada lebih kurang 12 orang pelajar yang mendaftar untuk subjek tersebut tetapi cuma 6 pelajar sahaja...