Posts

Showing posts from 2007

Pencentus Perubahan

Image
Kali pertama aku ingin memulakan ceritaku dengan sebuah gambar yang telah aku gubah...satu cetusan rasa mengikut kaedah baru untuk bercerita yang ingin aku cuba. Minggu lalu, Aku dan Aiman (anakku) telah menonton cerita X-man di TV, dia begitu teruja dengan watak 'Wolverine' di dalam cerita tersebut, keesokan harinya dia mengambil sebuah pembaris patah dan bergaya sebagai Wolverine. Aku pula mengambil gambarnya dan mengubahnya menggunakan sebuah perisian ' desktop publishing' menjadikan gambar di atas. Memikirkan kembali peristiwa tersebut, aku terfikir tentang cetusan idea yang benar-benar tulen di manakah mulanya? Aku tercetus rasa untuk menggubah gambar tersebut kerana Aiman yang telah mendapat idea daripada cerita X-Men. Filem X-Men tersebut pula difilemkan berdasarkan sebuah komik besiri terbitan Marvel. Watak-watak komiknya diadaptasikan berdasarkan beberapa bentuk kuasa alam, Wolverine contohnya berdasarkan kuasa pemulihan serigala, Storm puala kuasa taufan da

KUAT

Setelah genap empat bulan 'kepergian' arwah isteriku, aku baru rasanya menemui kekuatan. 'Kuat' di sini bukan bermakna aku tidak berdaya untuk melakukan sebarang kerja selama ini; cuma 'fokus' aku di dalam melakukan sebarang kerja agak 'lemah'. Mungkin aku sengaja menjadikannya alasan selama ini untuk melewakan kerja tapi rasanya kali ini aku betul-betul lemah, ianya satu alasan yang 'emosional' tapi kini aku sedar 'kekuatan' emosi di dalam mempengaruhi kehidupan seharian. Aku teringat kembali kepada buku 'Emotional Intelligence' tulisan Daniel Goldman yang aku baca ketika aku masih 'berkawan' dengan arwah isteriku. Ketika itu aku sangat berkeyakinan yang emosi seharusnya begitu mudah di'kawal' secara praktikalnya. Contohnya andai kata kita sedang berbincang dengan seseorang dan kita menjadi marah; jantung kita akan berdegup dengan lebih kencang melebihi aras biasa; maka kita harus memberhentikan perbincangan te