Mendedahkan Privasi di Jaringan Siber
Lama betul aku tak menulis dan tiada alasan yang lebih baik selain malas berfikir. Sebagai ubat malas berfikir tersebut aku kini telah sampai ke taman permainan bernama facebook.
Baru-baru ini aku telah 'dijemput' oleh seorang sahabat lama untuk menyertai 'facebook'. Satu langkah yang aku anggap sebagai saja-saja sahaja tapi akhirnya aku menjadi tertarik dengan cara perhubungan baru sebegini. Ramai rakan-rakan lama yang aku temui kembali; dan rakan-rakan baru pula boleh mengenali aku dengan lebih mudah. Caranya mudah cuma kemaskinikan maklumat diri kita di dalam facebook termasuk menuliskan apa yang sedang dilakukan kini...gerak rasa hati dan badan..letakkan gambar-gambar terbaru...(untuk kes rakan lama aku terpaksa letak gambar lama...mungkin wajah dan penampilan aku dah berubah) dan menuliskan nota-nota. (seperti aku meletakkan blog ini sebagai notaku)
Aku rasa kekuatan utama rangkaian sebegini terletaknya kepada keupayaan untuk kita menjelajah rangkaian rakan-rakan kita (peers/friends) atau orang-orang yang mempunyai persamaan minat dengan kita dengan itu rangkaian kita menjadi luas dengan begitu cepat. Itulah agaknya cara ia berfungsi, setiap orang harus memainkan peranan sendiri agar ianya 'hidup dan lestari' secara sendirinya.
Namun dalam memainkan peranan sendiri itu kita secara separa sedar (dan rela) telah terlalu banyak mendedahkan privasi kita. Contohnya; bila aku boleh mendapat komen rakan-rakan lain tentang diriku di masa lalu...aku mungkin telah mendedahkan maklumat ini untuk dibaca juga oleh pelajar-pelajar aku..anak-anak aku, saudara mara aku dan sedikit sebanyak keprivasian ku terdedah. Sebahagian besar ianya berpunca dari diriku juga yang meng'uja'(provoke) agar kisah silam itu disingkap kembali.
Banyak lagi isu privasi yang boleh dan sedang aku lihat di depan mata di taman permainan baru bernama facebook ini. Semua orang seolah begitu terbuka untuk 'berkongsi', dan per'kongsian' yang sesak akan mengakibatkan banyak masalah dalam satu jangkamasa. Ini mungkin apa yang digambarkan oleh Andrew Boyd (Life's Little Deconstruction Book) sebagai cara hidup di dalam dunia 'deconstruction':
"Log on in search of community " dan " Publicize your privates "
Mungkin aku terlalu bimbang, perkara ini seharusnya dilihat secara ringan dan terbuka. Aku boleh saja menunjukkan yang baik-baik dan yang hebat-hebat sahaja tapi taman permainan ini akan menjadi tempat untuk menunjuk-nunjuk.
Aku sukakan taman ini tapi aku juga perlukan privasiku dilindungi selain melindungi keprivasian rakanku-rakanku. Allahhualam

Comments