Manusia Halimunan (Invisible man) yang cuba menjadi Bebas

Pagi ini seperti hari-hari yang biasa aku menaiki ERL ke KL. Dalam perjalanan tu aku terbaca pasal 'Invisible man' yang ditulis oleh Ralph Allison dalam tahun 50an dulu. Ceritanya bukan pasal manusia halimunan yang kita tengok dalam filem atau cerita XXRay tapi tentang seorang manusia yang merasakan yang dirinya 'invisible' kerana orang lain jarang sekali mengambil peduli tentang dirinya.
Ketika menunggu KTM komuter aku berdiri statik menonton Selamat Pagi Malaysia. Tidak lama kemudian sebuah train dari Klang sampai dan secara tiba-tiba ramai orang mundar-mandir separa berlari di sekeliling aku. Terasa seolah-olah masa terhenti seketika untuk aku, tapi tidak bagi orang yang mundar-mandir dikejar masa disekelilingku (bayangkan keterbalikan bila Hiro Nakamura memberhentikan masa). Terasa juga aku ni seolah-olah seorang 'invisible man' kerana tiada siapa yang mempedulikan aku biarpun aku berdiri statik di tengah-tengah kesibukan manusia berlari-lari. Sangat terasing rasanya tapi menarik kerana aku terasa bebas dari dikejar masa.

YATAIIII.....
Ketika menaiki komuter pula aku terbaca pasal Immanuel Kant dan pandangannya tentang 'free will' yang dianugerahkan tuhan kepada manusia tetapi seharusnya digunakan secara baik. Aku secara peribadi merasakan falsafah Kant tidak jauh dari apa yang aku belajar dekat sekolah agama dahulu. Manusia dianugerahkan 'akal' maka sebab itu dia harus bertanggungjawab atas setiap tindakannya. Dan kaedah terbaik agar dapat menjaga tingkah laku (akhlak) adalah dengan ilmu. Aku merasakan yang :
"membeli ilmu itu sebenarnya membeli sebuah kebebasan"
Kakak aku baru habis belajar dan memperolehi lesen memandu, satu contoh 'membeli kebebasan'. Anak-anak kita dihantar ke sekolah sebagai persediaan untuk memberi kebebasan kepada mereka agar mereka tahu membezakan yang baik dan buruk, diajar membaca alif ba ta agar satu hari nanti mereka bebas untuk membaca Al Quran sendiri dengan betul. Diajar membaca dan menulis agar boleh menerima dan mengembangkan ilmu dengan lebih effektif serta bebas dalam meneliti topik dan minat masing-masing
Tetapi 'free will' perlu ada batasnya dan disitulah 'moral' wujud. Secara naturalnya moral adalah terlalu subjektif dan berbeza dari sekelompok manusia ke sekelompok yang lain. Bagi ahli "sunnah" batasan moral telah ditetapkan di dalam Al Quran dan hadis. Di dalam sistem 'undang-undang manusia' pula peraturan undang-undang dan hukuman biasanya ditulis dan dikuatkuasakan.
Kita sebenarnya 'bebas dalam peraturan'. Kerana itulah semua orang di sekeliling aku berlari mengejar masa (dan peraturan). Menjadi 'invisible man' tidak bermakna aku tidak terikat dengan peraturan. Aku tidak berlari kerana peraturan juga (komuter aku belum sampai peraturan masanya untuk tiba). Kalau boleh memang aku nak semua benda mengikut kehendak aku, tapi apakan daya aku ni hanya seorang 'invisible man' yang memiliki 'kebebasan dalam peraturan' sahaja. Allahualam.
Comments