Posts

Showing posts from August, 2005

Pemikir Picisan tentang Merdeka

Di mana-mana di Malaysia sedang hangat menyambut hari kebangsaan ke 48, semuanya melaungkan "Merdeka!..Merdeka!..Merdeka!.." mengelirukan dari segi bahasanya bahawa kita menyambut 'Hari Kemerdekaan' .....sedangkan yang disambut adalah 'Hari Kebangsaan' kerana 'Hari Kemerdekaan' itu sekali sahaja acaranya hanya pada tarikh 31 Ogos 1957...jadi acara yang kita sambut setiap tahun itu sebenarnya 'Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia' yang juga diiktiraf sebagai 'Hari Kebangsaan Malaysia' kerana tarikh kemerdekaan untuk negeri Sabah dan Sarawak pula adalah pada 16 September 1968. Apa-apapun yang harus dikenang dan terus diperjuangkan adalah semangat 'merdeka' yang memberi kita peluang untuk terus maju dan membangun. Mungkin definisi 'kemerdekaan' harus diperluas dan dilihat secara lebih konsepsual jika kita ingin kekal bernostalgik tentang 'hari merdeka'. Jika tidak terpaksalah kita melaungkan "Hari Kebangsaan!..

Bermulanya Langkah

Hari ini bermulanya sebuah langkah kecilku untuk menulis idea-idea picisanku di dalam BLOG Idea Picisan ni. Menulis bukan baru bagiku tapi menulis idea-idea yang dianggap picisan agak sukar juga; mungkin kerana garisan yang memisahkan idea besar dan idea picisan teramat tipis. Ironinya adakah pemikir-pemikir besar tidak pernah punyai idea picisan? atau idea mereka semuanya picisan sehingga dibuktikan dengan ilmu bahawa idea-idea picisan itu sebenarnya besar. Semoga langkah kecil ini menjadi besar dan menyumbang kepada dunia penuh keilmuan milik tuhan yang esa ini. Amin.