Hidup dan Mati
Sangat lama rasanya aku telah berhenti daripada menulis di ruangan ini, semuanya bermula bila fakultiku berpindah ke bangunan baru. Bila aku sampai di sini segalanya 'mati', tiada semua kemudahan, tiada tempat makan, tiada internet, tiada talian telefon, tiada komputer; kemudaian segalanya sedikit demi sedikit menjadi 'hidup' dan kini peluang untuk aku 'menghidupkan semula' blog ini ditakdirkan Allah tiba juga.
Khabarnya di bangunan fakultiku yang lama menjadi seolah-olah 'mati', tidak lagi riuh dan sibuk dengan pelajar, banyak kelas-kelas yang terbiar kosong dan peralatan yang ditinggalkan serta kurang dimanfaatkan, begitupun aku yakin ianya akan 'hidup' semula satu hari nanti.
Hidup dan mati sememangnya sebahagian dari kita; kita asalnya 'mati' kemudiannya dihidupkan dan akan mati lagi sekali sebelum dihidupkan selamanya. Ini bukan idea tapi sebuah 'ingatan' yang sering bermain difikiranku buat ketika ini. Mungkin kerana aku masih lagi belum 'kebah' dari pemergian isteriku seminggu yang lepas. Sebelum pemergian arwah, hampir setiap malam aku membacakan kepada arwah sebuah buku tulisan Yusuf Al-Qardawi tentang 'Iman' (aku terlupa pula tajuknya dan dimana letaknya buku tersebut).
Bahagian yang paling sering dimintanya untuk aku bacakan adalah bahagian 'CINTA' dengan sub-topik 'cinta akan kematian'. Intisari tulisan tersebut adalah tentang betapa seorang Islam perlu juga cintakan kematian kerana kematian adalah tempat untuk kita beristirehat dari melakukan kemaksiatan tetapi bukan bermaksud kita tidak perlu cintakan kehidupan (sub-topik sebelum sub topik ini); kerana kehidupan adalah tempat/peluang untuk kita menambah amal ibadat kepada Allah sebagai bekalan untuk menemui Allah dan hari pembalasan, maka ianya juga harus dicintai dan dimanafaatkan.
Ada banyak yamg boleh dikupas dan difikirkan dari buku tersebut, namun aku masih belum mempunyai kekuatan untuk menulis tentangnya lagipun aku perlu merujuk dan mencari tempat letaknya buku tersebut. Ianya sebuah buku yang akan sering mengingatkan aku tentang 'hidup dan mati'. Begitulah kesan sebuah buku ke atas pembacanya dan penulisnya. Penulis sebuah buku itu mungkin telah 'mati tapi manfaat ilmunya (juga sebuah amalan yang tidak terputus dengan mati)terus 'hidup'.
Memang hidup dan mati itu sebahagian dari makhluk Allah. Allahualam.

Comments