Aku Skeptik


Malam semalam aku terbaca pasal 'skepticism', satu aliran pemikiran falsafah yang percaya bahawa manusia tidak mungkin mencapai untuk mengetahui sesuatu secara hakiki; pengetahuan kita adalah setakat berkemungkinan benar atau selalunya benar tetapi bukannya kebenaran sejati.


Aku teringat kepada filem 'Matrix' lakonan Keanu Reeve, di mana manusia cuma hidup di dalam memori virtual sahaja, segala pengalaman fizikal dan mental kita sebenarnya tidak benar, fizikalnya manusia hanya berbaring di dalam satu tiub inkubasi yang dikawal oleh komputer, segala pengalaman harian kita sebenarnya wujud di dalam sebuah jaringan matrik sahaja...jika kita boleh sedar kewujudan matrik tersebut (Neo watak Keanu Reeve) kita adalah sebuah ancaman kepada matrik itu sendiri.....untuk sedar tentang kewujudan matrik tersebut kita perlu menjadi seorang yang 'skeptik' dan bertukar menjadi seorang yang 'skeptik' adalah sebuah proses yang payah.

Bayangkan kalau yang difilemkan itu benar, realiti virtual menjadi terlalu realiti maka manusia tidak bermakna apa-apa selain daripada memori dan pengalamannya. Teringat lagi ketika Data(satu watak anaroid yang tahu segala-galanya dalam Star Trek) mengalami masalah mekanikal dan terpaksa di'mati'kan, segalanya begitu menyedihkan bagi seluruh krew USS Enterprise ; tetapi pesan Data yang mengharukan mengingatkan mereka bahawa apa yang penting hanyalah 'data dan memori' di dalam cakera liutnya...maka mereka tidak harus bersedih kerana data dan memori tersebut telah diselamatkan....'Data' sebenarnya tidak mati...cuma tubuh anaroidnya yang telah tiada.

Kedua-dua cerita tersebut adalah berasaskan prinsip 'skeptisma' terhadap dunia yang kita anggap nyata ini. Mungkin mata kita sedang terpejam ketika kita sedang membaca tulisan ini kerana ianya hanyalah umpama sebuah mimpi...atau mungkin kita ini tidak wujud secara fizikalpun...bentuk manusia yang aku lihat tak sama dengan bentuk manusia yang kau lihat...semua ini adalah persoalan yang menjadikan 'aku skeptik'.


Allahualam




Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon