Posts

Showing posts from 2005

Sains dan Manusia

Minggu lepas, aku telah membawa sekumpulan pelajar B.Arch IUCTT ke Pulau Pinang untuk sebuah lawatan akademik. Kami telah singgah di kampus Universiti Sains Malaysia, yang ketika itu 'kosong' kerana cuti semester. Banyak 'fikiran/idea' lama yang telah aku tinggalkan di USM selama ini menjelma kembali...antaranya perkataan 'sains' itu sendiri. Ketika di pertengahan pengajian aku di sana, kami pernah membincangkan perkataan 'sains' itu sendiri sebagai muhasabah apakah arahtuju dan peranan kami sebagai mahasiswa sebuah universiti bernama 'sains'. Satu perbincangan yang amat menarik yang menyedarkan aku bahawa 'aku ketika itu' sebenarnya sedang dibentuk bertunjangkan falsafah yang lahir sejak zaman Plato dan Aristotle. Aku juga bertanggungjawab mendukung idea bahawa 'kebanyakan benda di dunia ini harus mampu diterangkan secara objektif oleh dan dengan kaedah sains' . Kami memulakan perbincangan dengan apakah yang dinamakan 'sa

Baca dan Tulis

Menulis memang satu kerja yang rumit bagi kebanyakan orang, mungkin kalau ditanya berapa banyakkah kita menulis setahun jumlahnya pasti jauh lebih sedikit berbanding jumlah yang kita baca....dan perlu diingatkan jumlah yang kita baca juga memang sedikit berbanding dengan masyarakat yang lebih maju. Sebenarnya perkaitan diantara menulis dan membaca memang rapat; kebanyakan penulis adalah pembaca yang konsisten dan kritis. Saya selalu memerhatikan penulis kolum di akhbar, mereka selalunya adalah pembaca yang efektif dan sensitif terhadap isu serta keadaan semasa. Membaca kolumn bagi saya adalah satu cara lebih mudah untuk menilai sesuatu isu kerana kesemua data yang telah dikumpul mereka telah digarap dan disintesiskan menjadi satu cerita yang mudah difahami dan diingati, cuma kita juga perlu meluaskan perspektif ketika membaca jika kita tidak ingin terlalu menerima bulat-bulat perspektif kolumnis tersebut. Aku sering kali terpaksa bercerita kepada anak-anakku sebelum mereka tidur, teta

Tandas Awam

Semalam, Fairus pelajar tahun dua B.Arch memberitahuku tentang pertandingan merekabentuk tandas awam di dalam suratkhabar. Aku agak gembira dengan sikapnya kerana ianya petunjuk keprihatinan pelajarku terhadap keadaan semasa, aku tahu ramai pelajar kini sangat kurang membaca apalagi memberi perhatian atau mengikuti perkembangan isu semasa. Beberapa semester lepas aku beberapa kali bertanya di dalam kelas tentang isu semasa, ramai yang tidak menunjukkan minat dan tidak sedarpun ianya berkaitan dengan bidang senibina. Masalah 'seks di tepi tangga' contohnya, jarang dilihat oleh pelajar sebagai sesuatu yang berkaitan dengan senibina, biarpun 'tangga' jelas satu elemen senibina. Apakah ia bukan satu masalah bagi komuniti perekabentuk? perlukah kita menukar rekabentuk tangga 'fire-escape' agar masalah sosial sejijik begitu tidak berulang lagi? atau sekurang-kurangnya adakah rekabentuk yang lebih baik? sepatutnya hadir di minda kita. Merekabentuk tandas awam mema

Menentang Arus

Masih terasa lagi suasana hari raya aidilfitri, kini sudah lebih seminggu dirayakan. Setelah sekian lama persiapan disediakan kini ianya diraikan beramai-ramai. Tahun ini seperti tahun lepas hari raya disambut hampir serentak dengan hari deepavali, menjadikan hampir segalanya semakin sesak; shopping kompleks, bazar ramadhan, jalanraya, lebuh raya, hentian R&R malahan jalan kampung pun boleh jam.Bila lebuhraya sesak maka selalunya 'laluan kontra'/menentang arus dibuka untuk sesetengah laluan yang sempit, itupun belum menjamin kesesakan akan beransur pulih. Baru-baru ini aku terpaksa balik pukul 1.00 pagi ke KL kerana nak mengelakkan kesesakan dari Melaka-Seremban. Alhamdulillah, tiada kesesakan langsung. Bagiku inilah hikmah 'menentang arus'; biarpun aku bukan melalui laluan kontra di Seremban, tapi bertindak dan berfikir menentang arus. Bahayanya jika semua orang 'menentang arus' maka masalah akan tetap ada tapi kebarangkaliannya memang sedikit kerana ki

Keindahan Luaran dan Dalaman

Di dalam senibina, terdapat konsep "inside-out", konsep ini memang terpakai di dalam memahami ruang (ruang). Banyak yang boleh diperkatakan tentang kepentingan luar dan dalam; ramai pereka muda mementingkan luaran dan mengabaikan dalaman (cantik di luar tapi tak cantik di dalamnya) saling tak tumpah seperti orang yang cantik di luar tapi tak cantik budi pekertinya, mempersona di mata tapi menyakitkan di hati. Dalam senibina memang pengertian cantik di luar itu mudah dikaji, terdapat sistem perkadaran (propotion), ritma (rythm), keseimbangan (balance), pencahayaan (lighting) dan pelbagai lagi ilmu mencantikkan bangunan. Namun agak kurang ilmu tentang mencantikkan di dalamnya (bukan interiornya tetapi isi atau jiwa ruangnya). Apalah ertinya bangunannya cantik tetapi gagal berfungsi, membawa penyakit kepada penghuninya, membawa masalah sosial dan tinggi kos penyelengaraanya; pendek kata menyakitkan hati penggunanya. Di dalam bulan Ramadhan ni banyak rancangan pengembaraan bersif

Puasa dan Ramadhan

Hari ini hari ketiga kita semua berpuasa....selamat melakukan ibadat di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam. Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan puasa kerana di dalam bulan ini kita semua diwajibkan berpuasa...selain berpuasa di dalam bulan ini kita juga digalakkan menambah amal ibadat seperti bersembahyang tarawih. Pelbagai acara yang meriah di dalam bulan ni; pasar ramadhan, more', majlis berbuka puasa, persiapan nak raya dan macam-macam lagi. Sesekali bermain di fikiranku apa makna sebenar puasa atau Ramadhan itu, apakah hikmah sebenarnya disebalik Allah mengadakan bulan yang semulia dan tinggi keberkatannya ini, di bulan ini Al-Quran diturunkan dan perintah bersolat 5 kali sehari dikeluarkan. Amalan zakat fitrah juga dilakukan di dalam bulan yang mubarak ini. Hampir kesemua rukun Islam berhubung rapat dengan bulan Ramadhan kecuali menunaikan haji ( bagi yang berkemampuan)...Allahualam. Ya Allah kau berikan aku kekuatan agar dapat aku menambah amalanku di bulan yang kau j

Teruskan Menulis dan menulis

Aku baru sahaja mula mengajar program baru B.Arch di IUCTT....program 'ice breaking'nya baru di adakan pagi ini...Sambil itu banyak berlaku kekecohan kerana kekurangan tenaga pengajar. Aku sendiri contohnya terpaksa menumpukan kepada program B.Arch sebagai seorang kordinator maka terpaksalah aku meninggalkan subjek HND yang telah aku ajar dan sediakan bahannya selama lebih kurang 6 tahun. Tergerak hatiku untuk menerbitkan bahan tersebut sebagai sebuah modul pengajaran yang boleh dijadikan rujukan dan bukti bahan tersebut telah aku kumpulkan. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk terus menulis dan menulis...

Nilai Ketimuran

Saban hari kita didedahkan dan diperingatkan tentang pentingnya menjaga 'nilai ketimuran' yang kita warisi...malah sesekali terasa nilai tersebut makin nampak terhakisnya sehingga kita diperingatkan melalui pelbagai media termasuk TV. Isu yang ingin aku timbulkan bukan tentang 'nilai ketimuran' itu tetapi bila aku perhatikan apa yang didakwa sebagai 'nilai ketimuran' itu bersifat sejagat...umpamanya ucapan 'terima kasih', menolong orang tua, menghormati jiran dan rakan..aku rasakan sebenarnya sejagat. Orang di barat pun melakukan sedemikian... maka apakah batas adat 'ketimuran' dan adat 'kebaratan' itu? yang aku persoalkan. Kita selalu menyalahkan orang putih bersifat 'orientalis' tetapi kita juga sebenarnya adalah 'orientalis' kelas kedua kerana menganggap kebanyakan yang diamalkan dibarat itu tidak sesuai dengan kita. Memang banyak yang telah dibicarakan olah Edward M Said tentang isu pemecahan dunia kepada barat dan

Idea tenggelam timbul

Kita sering mempunyai idea tapi ianya sering terlepas dari ingatan apalagi untuk direalisasikan, disini lah kepentingan menulis dan melukis hadir. Aku sedang menghabiskan sebuah buku ilmiah bertajuk 'The Myth of Laziness' (Momokan tentang Kemalasan) menarik juga, kesimpulan awalnya mendedahkan kemalasan adalah berpunca kegagalan psiko-neuro dan contoh yang paling jelas adalah 'menulis'. Menulis adalah satu kerja yang melibatkan pelbagai aktiviti psiko dan neuro, semasa menulis otak kita berfikir dan menyusun ayat sambil mengeja..tangan menaip/menulis berdasarkan 'puncutation' dan ejaan yang selaras, semuanya agak kompleks jika diperhatikan....maka tidak hairanlah tidak ramai yang menulis. Masalah sebenarnya adalah masalah menghasilkan 'output' kerana menghasilkan 'output' memerlukan kemahiran psiko-neuro yang dilatih dan dipertajamkan kemahirannya. Mungin kerana inilah kita dikatakan menggunakan kurang 10% dari keupayaan otak kerana kebanyakan id

Mengawal Fokus

Agak lama juga aku tak berkesempatan menulis idea picisan, sibuk! alasan biasaku untuk menyenangkan hati, hakikatnya aku mungkin tidak 'sibuk' sangat cuma fokus ku tertumpu kepada kerja-kerja lain selain menulis di sini. Fokus dalam kerja memang amat penting... namun memberi pelbagai fokus (multi focus) ketika melakukan pelbagai kerja (multi tasking) berlainan memang sukar. Ketika menulis fikiranku kadang-kadang memikirkan pekara lain...susu anak, road tax kereta, persediaan subjek dan macam-macam lagi bergantung kepada keadaan dan masa. Yang teruknya jika fokus itu terpesong sebelum kerja itu bermula, aku gelarkan 'geseran untuk bermula' (resistance to change/start ). Selalunya jika ini boleh dilalui maka kerja boleh bermula atau dimulakan semula namun setelah itu datang hujanan 'fikiran' yang menghilangkan fokus ketika berkerja selain gangguan/halangan fizikal menjadikan kerja terbantut atau lewat. Malah ketika kerja hampir siap sekalipun ada halangan 'fik

Nikmat Tuhan

Aku baru pulang dari melawat hutan di FRIM, Kepong. Keindahan alam ciptaan tuhan memang menakjubkan. Tujuan asalku adalah untuk menemani isteriku yang menyiapkan tugasan ekologi landskapnya. Pemerhatian dilakukan kami sendiri dan hanya separuh 'nature trail' kami habiskan. Itupun terasa keindahan alam ciptaan tuhan selain bermaknanya setiap kejadian yang menyokong di antara satu sama lain sambil bersaing meneruskan hidup dan generasi. Persaingan atau simbiosis tidak menjadi persoalannya tetapi kekayaan hutan yang penuh flora dan fauna sebenarnya mempunyai banyak pengertian jika kita fikirkan...malah persaingan dan simbiosis itulah yang membentuk ekologi yang sentiasa berusaha mencapai keseimbangan...satu sistem yang teratur disebalik keseliratan tumbuhan di hutan hujan...bukankah pasti ada pengaturnya yang maha mengetahui dan berkuasa?

Kreativiti dan Negara

Sibuk diseluruh negara memperkatakan tentang 80,000 graduan menganggur, inilah dilemanya negara yang mempunyai banyak 'sumber insan' tetapi tidak punya tempat untuk digunakan. Juka dilihat secara luas ianya adalah 'pembaziran sumber' dan lebih luas lagi dikatakan sebagai kurang menghargai nikmat tuhan (Allah sahaja yang maha mengetahui). Membincangkan persoalan sebegini besar mungkin tidak boleh dikategorikan idea picisan, isunya merangkumi segala bidang termasuk pendidikan, pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial. Aku hanya berminat untuk melihat 'kreativiti' sebagai satu sumber insan yang boleh dimajukan dan dipasarkan sehingga boleh dianggap sebagai satu komiditi negara. Hasil kerja kreatif secara 'tradisinya' amat unik kerana ianya seharusnya boleh dihasilkan tanpa modal yang banyak dan campurtangan pihak lain; contohnya sebuah lukisan boleh dihasilkan oleh seorang pelukis tanpa bantuan sesiapa, begitu juga lagu, lirik, arca atau ukiran. Namun begit

Jumaat dan Syabban yang bakal tiba

Hari ini Jumaat 28 Rejab, lebih kurang sebulan lagi bulan Ramadhan akan tiba, banyak yang telah membuat persiapan untuk Aidilfitri tapi bukan persiapan untuk Ramadhan. Tapi apa pun yang boleh dianggap persiapan untuk Ramadhan?, berikut adalah antara persepsiku tentang persiapan Ramadhan: Puasa sunat (ada yang telah memulakannya pada bulan Rejab ini). Melihat peluang untuk menaja majlis berbuka puasa. Membeli baju raya agar tak terlepas tarawih pasal nak beli baju raya. Menyediakan senarai senarai juadah berbuka puasa setiap hari; agar tak pening kepala bila pergi ke bazar Ramadhan.

Doaku, Niatku, Lakuku dan Hasilnya

Sepanjang cuti hari kebangsaan semalam, aku hanya duduk di rumah sambil bermain dengan anak-anakku. Tiada apa yang istimewa rasanya tentang hari kebangsaan buat anak-anakku kecuali kereta berhias di perarakan yang ditayangkan di TV. Banyak kenangan tentang kemerdekaan diimbau melalui rancangan TV dan aku masih melihatnya dari sudut niat, laku dan hasilnya. Aku percaya kebanyakan yang kita capai/lalui bergantung kepada 3 elemen iaitu niat, laku dan hasil. Ketiga-tiganya haruslah ikhlas dan tulus dalam merealisasikan sesuatu tugas atau usaha, namun kuasa tuhan tetap mengatasi segala-galanya kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Aku yakin dan pasti bahawa negara kita telah merdeka kerana niat yang suci, laku untuk mencapainya juga telah diharungi dengan tulus dan hasilnya telah kita kecapi. Nikmat tuhan yang kecil ini tak terhingga nilainya dan harus disyukuri. Persoalannya kita kadangkala terlupa tentang 3 elemen ini dalam meneruskan perjuangan mener

Pemikir Picisan tentang Merdeka

Di mana-mana di Malaysia sedang hangat menyambut hari kebangsaan ke 48, semuanya melaungkan "Merdeka!..Merdeka!..Merdeka!.." mengelirukan dari segi bahasanya bahawa kita menyambut 'Hari Kemerdekaan' .....sedangkan yang disambut adalah 'Hari Kebangsaan' kerana 'Hari Kemerdekaan' itu sekali sahaja acaranya hanya pada tarikh 31 Ogos 1957...jadi acara yang kita sambut setiap tahun itu sebenarnya 'Ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia' yang juga diiktiraf sebagai 'Hari Kebangsaan Malaysia' kerana tarikh kemerdekaan untuk negeri Sabah dan Sarawak pula adalah pada 16 September 1968. Apa-apapun yang harus dikenang dan terus diperjuangkan adalah semangat 'merdeka' yang memberi kita peluang untuk terus maju dan membangun. Mungkin definisi 'kemerdekaan' harus diperluas dan dilihat secara lebih konsepsual jika kita ingin kekal bernostalgik tentang 'hari merdeka'. Jika tidak terpaksalah kita melaungkan "Hari Kebangsaan!..

Bermulanya Langkah

Hari ini bermulanya sebuah langkah kecilku untuk menulis idea-idea picisanku di dalam BLOG Idea Picisan ni. Menulis bukan baru bagiku tapi menulis idea-idea yang dianggap picisan agak sukar juga; mungkin kerana garisan yang memisahkan idea besar dan idea picisan teramat tipis. Ironinya adakah pemikir-pemikir besar tidak pernah punyai idea picisan? atau idea mereka semuanya picisan sehingga dibuktikan dengan ilmu bahawa idea-idea picisan itu sebenarnya besar. Semoga langkah kecil ini menjadi besar dan menyumbang kepada dunia penuh keilmuan milik tuhan yang esa ini. Amin.