Posts

Showing posts from July, 2007

Pencentus Perubahan

Image
Kali pertama aku ingin memulakan ceritaku dengan sebuah gambar yang telah aku gubah...satu cetusan rasa mengikut kaedah baru untuk bercerita yang ingin aku cuba. Minggu lalu, Aku dan Aiman (anakku) telah menonton cerita X-man di TV, dia begitu teruja dengan watak 'Wolverine' di dalam cerita tersebut, keesokan harinya dia mengambil sebuah pembaris patah dan bergaya sebagai Wolverine. Aku pula mengambil gambarnya dan mengubahnya menggunakan sebuah perisian ' desktop publishing' menjadikan gambar di atas. Memikirkan kembali peristiwa tersebut, aku terfikir tentang cetusan idea yang benar-benar tulen di manakah mulanya? Aku tercetus rasa untuk menggubah gambar tersebut kerana Aiman yang telah mendapat idea daripada cerita X-Men. Filem X-Men tersebut pula difilemkan berdasarkan sebuah komik besiri terbitan Marvel. Watak-watak komiknya diadaptasikan berdasarkan beberapa bentuk kuasa alam, Wolverine contohnya berdasarkan kuasa pemulihan serigala, Storm puala kuasa taufan da