Hampir sebulan aku tidak menulis sebarang idea, bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi sebulan ini aku banyak menelaah untuk subjek design theory ku. Menariknya aku terpanggil untuk membaca 'Notes on the Synthesis of Forms' oleh Christopher Alexander, sebuah buku lama yang sepatutnya aku telah baca semasa masih belajar lagi. Aku pernah merujuk buku ini ketika menyiapkan disertasiku namun tidak membacanya secara konsisten seperti sekarang ini. Anehnya, apa yang aku fahami kini jauh berlainan dengan apa yang aku fahami dulu!
Aku rasa keanehan itu bukan kerana lain isi kandungannya atau susunan ceritanya tetapi arah dan penetapan pemikiran ketika membaca. Ketika merujuk buku ini dahulu aku cuba mencari points yang boleh menyokong disertasiku tanpa melihat secara mendalam konteksnya tetapi kini aku rasa aku lebih memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Christopher Alexander kerana memahami konteksnya.
Kisah yang sama berlaku dalam penafsiran ayat al quran dan hadis, kita perlu memahami konteks ayat tersebut diturunkan sebelum boleh membuat kesimpulan yang lebih tepat; maksud yang tersirat kadangkala jauh menyimpang dari apa yang tersurat. Di sinilah arah dan penetapan pemikiran kita boleh tersesat dan kita seolah ditipu oleh akal dan pemerhatian kita sendiri. SubhanAllah, Allah sahaja yang maha mengetahui segalanya, banyak lagi hakikat kebenaran yang manusia belum jangkaui.
Dalam minggu ini aku juga terbaca beberapa artikel tentang Deconstruction yang ditulis oleh Ja'cques Derrida dan Bernard Tschumi, memang agak sukar difahami apa yang ingin disampaikan oleh Derrida; mungkin kerana asas pengetahuanku tentang kesusteraan amat cetek maka aku dapat memehami beberapa prinsip yang cuba disampaikan olehnya di dalam kaedah membaca gaya 'deconstruction' tersebut. Aku akan bercerita lagi p[asal derrida selepas ini.
Comments