Posts

Showing posts from February, 2010

Perubahan yang kosisten

Sepatutnya telah lama dahulu aku menjawab soalan kedua dalam tulisanku bertajuk bentuk, ruang, waktu dan ekonomi? namun kesempatannya agak terhad untuk aku menulis. Dalam soalan keduanya aku bertanyakan: Kenapa organisasi sentiasa diubah secara konsisten, sedangkan perubahan memerlukan perbelanjaan tambahan dan seringkali mengelirukan banyak pihak dan banyak membentuk masalah sampingan? Aku bukan seorang ahli ekonomi yang layak untuk menjawab soalan se'mudah' itu (aku agak mungkin terlalu mudah untuk seorang ahli ekonomi). Jadi aku terpaksa mengerah seluruh rasa rasionalku untuk menjawab soalan sebegini. Satu teori ekonomi yang paling aku ingat adalah teori 'invisible hand' di dalam buku klasik tulisan Adam Smiths (mula berminat tentangnya ketika menonton filem 'the beautiful mind'). Secara ringkasnya dalam teori itu menyatakan bahawa "persaingan bebas akan selalunya menghasilan produk yang terbaik-untuk manafaat semua". Contohnya, fakultiku adalah fa