Darwin dan Khalifah Bumi Allah

Darwin dan Khalifah Bumi Allah



Aku sedang menghabiskan buku 'Senarai 100 orang paling berpengaruh di dalam sejarah' tulisan Michael H.Hart, sebuah buku yang amat menarik dan santai untuk dibaca kerana setiap tokoh diterangkan di dalam 4 atau 5 mukasurat sahaja. Setakat hari ini (lebih kurang seminggu setelah kau membelinya) aku telah menghabiskan separuh buku.

Banyak pekara yang menarik tentang buku ini, pertamanya kerana Hart meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai manusia yang paling berpengaruh di dalam sejarah (sedangkan beliau sendiri mungkin beragama Kristrian), beliau meletakkan baginda sebegitu tinggi kerana keupayaan Nabi Muhammad membangunkan tamadun dari keadaan yang hampir mustahil untuk membangunkan tamadun; Nabi Muhammad saw seorang ummi (buta huruf), bukan golongan berada, tinggal di tengah-tengah padang pasir yang gersang, masyarakat disekitarnya jahilliah dan berpecah belah mengikut kabilah, tetapi berjaya membangunkan tamadun (dengan pimpinannya sendiri) melangkaui daerah, bangsa, negeri dan tamadun tersedia ada. Malahan kesan pembangunan beliau masih wujud sehingga sekarang dan ajarannya masih diamalkan secara konsisten dan akan terus begitu untuk satu jangkamasa yang panjang (atau sampai hari kiamat). Hart merujuk Al-Quran sebagai buku peninggalan Nabi Muhammad yang masih dan akan terus bertahan di baca dan diamalkan.

Kebetulan aku baru juga membaca bahagian awal 'Tafsir Al Azhar' tulisan HAMKA yang menerangkan ke'ummi'an Nabi Muhammad dan Al Quran adalah satu mukjizat yang mampu bertahan menerasi zaman berbanding mukjizat nabi-nabi lain (tongkat menjadi ular dan laut terbelah contohnya hanyalah bertahan untuk mereka yang hadir dan ketika inya berlaku). Mukjizat zaman ini seharusnya lebih sofistikated kerana manusia semakin pandai dan memerlukan penjelasan yang juga sofistikated maka AlQuran jelas sebuah mukjizat yang juga sofistikated.

Di dalam tulisan Hart, Newton diletakkan di tangga kedua dan Nabi Isa di tempat ketiga, alasan utama kenapa nabi Isa diletakkan di tempat ini adalah kerana; Nabi Isa tidak menyebarkan agamanya sendiri (Kristian hanya wujud setelah kematiannya), malahan kebanyakan doktrian di dalam agamanya dibentuk oleh pengikutnya serta berbanding jumlah penganut Kristian yang besar, sedikit sekali yang masih mengamalkan ajaran sebenar beliau (minum arak dan perzinaan berlaku meleluasa di negara yang ramai penduduknya beraga Kristian).

Bagaimanapun apa yang menarik bagiku adalah tentang 'teori Darwin' yang menukar pandangan manusia tentang kedudukannya di bumi ini. Manusia hanyalah satu spesis monyet yang berubah dan menjadi dominan buat sementara waktu ini sebelum kedudukanya diambil alih oleh spesis lain. Aku teringat lagi tentang sebuah artikel di dalam 'What is Modern Sciences? yang menyatakan bahawa manusia adalah spesis monyet yang gagal menadaptasikan dirinya dengan keadaan hutan di gunung-ganang (diversiti hutan hujan tropika contohnya paling tinggi di strata canopy atau di atas maka spesis monyet yang berjaya seharusnya pandai memanjat dan bergayut kerana di sanalah banyak makanan). Spesis monyet yang gagal tersebut terpaksa ke kawasan tanah rata dan menyesuaikan diri untuk bergerak di atas tanah rata (menggunakan dua kaki untuk berjalan dan tulang belakang yang menegak).

Persoalan yang aku ingin bincangkan; di antara dua penjelasan yang bahawa 'manusia ini adalah keturunan monyet' dan 'manusia ini khalifah Allah di muka bumi ini' (di anjuran di dalam AlQuran), yang manakah lebih disukai dan bermoral dan hairannya soalan tentang kedudukan manusia di muka bumi ini telah dijawab lebih dahulu sebelum persoalan itu disoal oleh Darwin.

Comments

Popular posts from this blog

Kemenangan dalam Perjuangan yang Benar

Pelajar senibina, bengkel dan perjuangan.

Survival di dunia impian