Posts

Showing posts from November, 2011

Pembawa Cahaya di dalam Kegelapan

Assalmualaikum, Selawat serta salam ke atas nabi junjungan nabi Muhammad saw. Semoga Allah memudahkan apa yang ingin aku rakamkan dan sampaikan di dalam penulisan idea picisan yang telah terlalu lama aku pinggirkan ini. Penulisan picisan sebagai ingatan dan rakaman pelbagai pekara yang pernah menyentuh rasa dan fikiranku selama ini. Tiba-tiba aku terpanggil untuk merenung peranan dan matlamat kerjaya utamaku selama ini. Berserta sedikit pembacaan (terutamanya dari buku Dr. Aidh: "Bacalah atas nama Tuhanmu") dan carian internet, semungkinnya aku cuba catatkan di sini. Di dalam kehidupan kita ini kita sudah pasti menemui ramai insan yang bernama guru. Insan-insan mulia yang mencurah bakti menyampaikan ilmu dan mengubah kita menjadi insan yang Insyallah lebih berguna dari masa ke semasa. Layaklah erti perkataan 'guru' sebagai kata nama di dalam bahasa sanskrit adalah: Pembawa Cahaya di dalam Kegelapan Sebagai kata sifat pula 'guru' bermaksud "berat/sarat&quo