Posts

Showing posts from 2006

Hidup dan Mati

Sangat lama rasanya aku telah berhenti daripada menulis di ruangan ini, semuanya bermula bila fakultiku berpindah ke bangunan baru. Bila aku sampai di sini segalanya 'mati', tiada semua kemudahan, tiada tempat makan, tiada internet, tiada talian telefon, tiada komputer; kemudaian segalanya sedikit demi sedikit menjadi 'hidup' dan kini peluang untuk aku 'menghidupkan semula' blog ini ditakdirkan Allah tiba juga. Khabarnya di bangunan fakultiku yang lama menjadi seolah-olah 'mati', tidak lagi riuh dan sibuk dengan pelajar, banyak kelas-kelas yang terbiar kosong dan peralatan yang ditinggalkan serta kurang dimanfaatkan, begitupun aku yakin ianya akan 'hidup' semula satu hari nanti. Hidup dan mati sememangnya sebahagian dari kita; kita asalnya 'mati' kemudiannya dihidupkan dan akan mati lagi sekali sebelum dihidupkan selamanya. Ini bukan idea tapi sebuah 'ingatan' yang sering bermain difikiranku buat ketika ini. Mungkin kerana aku

Pelajar senibina, bengkel dan perjuangan.

Aku baru pulang dari menghadiri 'Bengkel Pelajar Senibina ke 19: Olympiarch" di UTM pada 18-22 Jun 2006. Secara sejarahnya, bengkel tersebut dianjurkan setiap tahun oleh pelajar senibina di Malaysia. Aku sendiri pernah terlibat sebagai AJKK (AJK Kecil) pada bengkel yang ke 3 (Tema: Man and Built Environment dalam tahun pertama aku di USM), menghadiri bengkel di ITM (Tema:New Horizon), bengkel di UTM (Tema:Legase)dan seterusnya menjadi timbalan pengarah projek pada bengkel ke 6 (Tema: Realizations;Minggu Alam Bina pertama). Ketika aku di tahun kelima, USM sekali lagi menjadi penganjur (Tema: Convergence)dan aku pernah menjadi pensyarah pengiring untuk pelajarku ke beberapa lagu bengkel di UM dan UPM. Mengkagumkan apa yang aku kira sebagai satu cara untuk mendapat kredit ko-kurikulum ketika di tahun satu, 15 tahun dahulu masih lagi aku ikuti perkembanganya. Sebenarnya tidak banyak atau sedikit sahaja perubahan dari segi kemajuan hasil bengkel yang dianjurkan bertahun-tahun in

Darwin dan Khalifah Bumi Allah

Darwin dan Khalifah Bumi Allah Aku sedang menghabiskan buku ' Senarai 100 orang paling berpengaruh di dalam sejarah' tulisan Michael H.Hart, sebuah buku yang amat menarik dan santai untuk dibaca kerana setiap tokoh diterangkan di dalam 4 atau 5 mukasurat sahaja. Setakat hari ini (lebih kurang seminggu setelah kau membelinya) aku telah menghabiskan separuh buku. Banyak pekara yang menarik tentang buku ini, pertamanya kerana Hart meletakkan Nabi Muhammad saw sebagai manusia yang paling berpengaruh di dalam sejarah (sedangkan beliau sendiri mungkin beragama Kristrian), beliau meletakkan baginda sebegitu tinggi kerana keupayaan Nabi Muhammad membangunkan tamadun dari keadaan yang hampir mustahil untuk membangunkan tamadun; Nabi Muhammad saw seorang ummi (buta huruf), bukan golongan berada, tinggal di tengah-tengah padang pasir yang gersang, masyarakat disekitarnya jahilliah dan berpecah belah mengikut kabilah, tetapi berjaya membangunkan tamadun (dengan pimpinannya sendiri) mela
Dalam penulisan yang lepas aku berjanji untuk cuba menerangkan tentang apa yang aku cuba fahami tentang falsafah 'deconstruction' Derrida; oleh kerana kecetakan pengetahunku tentang kesusteraan maka aku memilih untuk membincangkannya dari perspektif senibina/arkitektur. Di dalam konteks Senibina; idea Derrida menjadi hangat diperkatakan dan menjadi satu gaya aliran senibina sejak ianya digunakan oleh beberapa arkitek terkenal seperti Peter Einsemen, Frank Gehry dan Bernard Tschumi. Idea Derrida telah cuba diterjemahkan menjadi senibina oleh Bernard Tschumi di dalam penghasilan Parc de la villette (mungkin hasil realisasi deconstruction terbesar setakat ini). Di peringkat awal, Derrida agak ragu kenapa senibina berminat dengan 'deconstruction' yang anti-bentuk (form), anti-struktur(structure) dan anti-hieraki (hierarcy); sesuatu yang bertentangan dengan prinsip asas senibina' namun itulah yang secara tepat diinginkan oleh Tschumi. Tsuchmi pula berminat untuk mencar
Hampir sebulan aku tidak menulis sebarang idea, bukan kerana tiada apa yang ingin diperkatakan tetapi sebulan ini aku banyak menelaah untuk subjek design theory ku. Menariknya aku terpanggil untuk membaca 'Notes on the Synthesis of Forms' oleh Christopher Alexander, sebuah buku lama yang sepatutnya aku telah baca semasa masih belajar lagi. Aku pernah merujuk buku ini ketika menyiapkan disertasiku namun tidak membacanya secara konsisten seperti sekarang ini. Anehnya, apa yang aku fahami kini jauh berlainan dengan apa yang aku fahami dulu! Aku rasa keanehan itu bukan kerana lain isi kandungannya atau susunan ceritanya tetapi arah dan penetapan pemikiran ketika membaca. Ketika merujuk buku ini dahulu aku cuba mencari points yang boleh menyokong disertasiku tanpa melihat secara mendalam konteksnya tetapi kini aku rasa aku lebih memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan oleh Christopher Alexander kerana memahami konteksnya. Kisah yang sama berlaku dalam penafsiran ayat al

Manusia Luar Biasa

Manusia Luar Biasa Petang tadi aku menonton sebuah kisah menarik karya Stephen King, Heart in Atlantis; kisah pengalaman seorang kanak-kanak (Bobby) bertemu dan mengalami pelbagai pengalaman hidup bersama Ted (lakonan Anthony Hopkins) yang merupakan seorang psikitari di dalam pelarian dari sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika. Pertemuan yang singkat tersebut menyedarkan Bobby tentang banyak pekara di dalam hidupnya kerana Ted adalah seorang manusia 'luar biasa' di dalam pelbagai pekara. Rasanya mungkin aku tidak pernah menemui seorang manusia sehebat Ted, tetapi ada ramai manusia yang aku temui memberikan impaks di dalam hidupku sehebat kesan Ted keatas Bobby. Di antara manusia tersebut adalah guru lukisanku di tingkatan dua; Cikgu Mansor Ghazali. Pertemuan kami hanya lebih kurang setahun (sepanjang aku di tingkatan dua di SDBL) tetapi impaksnya mungkin sehingga sepanjang hidupku. Ketika di tingkatan dua, kami diminta memilih samada mengambil subjek Lukisan atau Agama Islam

Kenapa Manusia Mencipta Teori

Kenapa Manusia Mencipta Teori Pemikiran manusia adalah amat kompleks, amat sukar untuk memahami bagaimana manusia berfikir. Akhir-akhir ini banyak pihak yang cuba menerangkan bagaimana manusia berfikir dengan membandingkannya dengan kaedah komputer bekerja, dengan kaedah inipun masih jauh lagi pemahaman kita tentang cara kita berfikir. Sekarang ini aku sedang banyak menelaah untuk satu subjek baru; Architecture Design Theory. Masa aku di USM, ini adalah salah satu subjek yang aku minati biarpun aku tidak mendapat markah yang bagus untuk subjek tersebut (mungkin kerana aku terlalu berteori menjadikan teori itu terlalu teoritikal tetapi tidak praktikal). Anehnya subjek teori senibina (ketika itu di USM) adalah sebuah subjek 'option' maka ramai pelajar yang tidak merasakan perlu mengambilnya. Tambahan pula yang mengajarnya adalah En Wan Burhanuddin (En Wan). Seingatan aku ketika itu ada lebih kurang 12 orang pelajar yang mendaftar untuk subjek tersebut tetapi cuma 6 pelajar sahaja

Intelek dan Kerohanian

Intelek dan Kerohanian Aku baru sahaja membaca sebuah buku oleh Mortimier J.Adler bertajuk Intellect: mind over matter, sebuah buku tentang nilai intelek yang menjadikan pemikiran manusia itu lebih tinggi berbanding haiwan. Banyak fakta-fakta menarik yang dibincangkan bagi menerangkan yang manusia ini bukan 'materilistik';yang dimaksudkan dengan 'materialistik' di sini adalah wujudnya elemen-elemen tidak material di dalam manusia (ianya bertentangan prinsip yang dipegang oleh sains sejati). Perlakuan manusia berfikir contohnya dapat diterangkan sebagai sintaks-sintaks elektrik yang berlaku di dalam otak (dari neuron ke neuron) kesan dari rangsangan pancaindera dan menghasilkan tindakbalas; namun banyak pekara yang belum dapat diterangkan. Contohnya kenapakah tindakan kita boleh berbeza biarpun rangsangan yang diberikan adalah sama, di dalam hukum alam fizikal (yang boleh diandalkan) tindakan kita seharusnya sama bila rangsangan yang sama diterima, barulah ianya satu

Ilmu mencari ilmu

Minggu lepas kawanku Zulakhmar, memberi komen tentang persamaan tulisanku tentang persoalan asas dalam mencari ilmu dengan proses perancangan strategik/'Strategic Planning', sebuah bidang yang Zul jurusi(mastering). Sayangnya komen itu dinyatakan secara lisan dalam satu perbualan kami. Aku terpanggil untuk menulis lagi tentang mencari ilmu atas komen tersebut kerana perbincangan picisan menjadi agak berat dan sinis dalam masa yang sama. Dalam beberapa tulisan yang lalu bertajuk [1]Baca dan Tulis dan [2]Teruskan Menulis dan Menulis, banyak aku bincangkan tentang susahnya untuk menulis. Tahniah Zul, kerana nampaknya dia ada cerita yang hendak diceritakan dan dikongsikan, tapi lebih baik jika ceritanya itu disampaikan dengan menulis (seeloknya memberi komen di Blog ini) kerana dengan ini penulisan dan pokok perbincangan menjadi lebih berkembang. Aku (dan mungkin pembaca blog ini yang lain-kini dan masa depan) akan lebih terdedah kepada pandangan serta perspektif lain. Tak kisah

Homo Sapiens dan Ilmu

Manusia yang nama saintifiknya 'homo sapiens' adalah dikategorikan sebagai sejenis "binatang" yang berfikir. Terdapat sebuah statue yang terkenal berjudul 'thinking man' di Eropah. Manusia memang sentiasa berfikir, sejak lahir sehinggalah 'mati' manusia perlu berfikir tentang pelbagai benda dan pekara; dari masalah bagaimana hendak memberitahu ibunya yang ia lapar sehinggalah di mana jasadnya perlu disemadikan. Hubungan berfikir dengan ilmu adalah teramat rapat, kebanyakan orang boleh [1]berfikir tanpa ilmu, [2]ramai orang boleh berfikir menggunakan ilmu tetapi sedikit orang yang [3]berfikir untuk meneroka/mencari ilmu. BERFIKIR TANPA ILMU; berfikir memang kebolehan semulajadi dan fitrah manusia, semenjak manusia diciptakan Allah telah mengajarkannya tentang pelbagai benda maka manusia memang dijadikan untuk memiliki ilmu. Yang aku maksudkan 'berfikir tanpa ilmu' itu adalah berfikir untuk menyelesaikan masalah naluri seperti 'aku lapar