Posts

Showing posts from March, 2006

Manusia Luar Biasa

Manusia Luar Biasa Petang tadi aku menonton sebuah kisah menarik karya Stephen King, Heart in Atlantis; kisah pengalaman seorang kanak-kanak (Bobby) bertemu dan mengalami pelbagai pengalaman hidup bersama Ted (lakonan Anthony Hopkins) yang merupakan seorang psikitari di dalam pelarian dari sebuah agensi rahsia kerajaan Amerika. Pertemuan yang singkat tersebut menyedarkan Bobby tentang banyak pekara di dalam hidupnya kerana Ted adalah seorang manusia 'luar biasa' di dalam pelbagai pekara. Rasanya mungkin aku tidak pernah menemui seorang manusia sehebat Ted, tetapi ada ramai manusia yang aku temui memberikan impaks di dalam hidupku sehebat kesan Ted keatas Bobby. Di antara manusia tersebut adalah guru lukisanku di tingkatan dua; Cikgu Mansor Ghazali. Pertemuan kami hanya lebih kurang setahun (sepanjang aku di tingkatan dua di SDBL) tetapi impaksnya mungkin sehingga sepanjang hidupku. Ketika di tingkatan dua, kami diminta memilih samada mengambil subjek Lukisan atau Agama Islam

Kenapa Manusia Mencipta Teori

Kenapa Manusia Mencipta Teori Pemikiran manusia adalah amat kompleks, amat sukar untuk memahami bagaimana manusia berfikir. Akhir-akhir ini banyak pihak yang cuba menerangkan bagaimana manusia berfikir dengan membandingkannya dengan kaedah komputer bekerja, dengan kaedah inipun masih jauh lagi pemahaman kita tentang cara kita berfikir. Sekarang ini aku sedang banyak menelaah untuk satu subjek baru; Architecture Design Theory. Masa aku di USM, ini adalah salah satu subjek yang aku minati biarpun aku tidak mendapat markah yang bagus untuk subjek tersebut (mungkin kerana aku terlalu berteori menjadikan teori itu terlalu teoritikal tetapi tidak praktikal). Anehnya subjek teori senibina (ketika itu di USM) adalah sebuah subjek 'option' maka ramai pelajar yang tidak merasakan perlu mengambilnya. Tambahan pula yang mengajarnya adalah En Wan Burhanuddin (En Wan). Seingatan aku ketika itu ada lebih kurang 12 orang pelajar yang mendaftar untuk subjek tersebut tetapi cuma 6 pelajar sahaja

Intelek dan Kerohanian

Intelek dan Kerohanian Aku baru sahaja membaca sebuah buku oleh Mortimier J.Adler bertajuk Intellect: mind over matter, sebuah buku tentang nilai intelek yang menjadikan pemikiran manusia itu lebih tinggi berbanding haiwan. Banyak fakta-fakta menarik yang dibincangkan bagi menerangkan yang manusia ini bukan 'materilistik';yang dimaksudkan dengan 'materialistik' di sini adalah wujudnya elemen-elemen tidak material di dalam manusia (ianya bertentangan prinsip yang dipegang oleh sains sejati). Perlakuan manusia berfikir contohnya dapat diterangkan sebagai sintaks-sintaks elektrik yang berlaku di dalam otak (dari neuron ke neuron) kesan dari rangsangan pancaindera dan menghasilkan tindakbalas; namun banyak pekara yang belum dapat diterangkan. Contohnya kenapakah tindakan kita boleh berbeza biarpun rangsangan yang diberikan adalah sama, di dalam hukum alam fizikal (yang boleh diandalkan) tindakan kita seharusnya sama bila rangsangan yang sama diterima, barulah ianya satu