Kenapa Manusia Mencipta Teori

Kenapa Manusia Mencipta Teori

Pemikiran manusia adalah amat kompleks, amat sukar untuk memahami bagaimana manusia berfikir. Akhir-akhir ini banyak pihak yang cuba menerangkan bagaimana manusia berfikir dengan membandingkannya dengan kaedah komputer bekerja, dengan kaedah inipun masih jauh lagi pemahaman kita tentang cara kita berfikir.

Sekarang ini aku sedang banyak menelaah untuk satu subjek baru; Architecture Design Theory. Masa aku di USM, ini adalah salah satu subjek yang aku minati biarpun aku tidak mendapat markah yang bagus untuk subjek tersebut (mungkin kerana aku terlalu berteori menjadikan teori itu terlalu teoritikal tetapi tidak praktikal). Anehnya subjek teori senibina (ketika itu di USM) adalah sebuah subjek 'option' maka ramai pelajar yang tidak merasakan perlu mengambilnya. Tambahan pula yang mengajarnya adalah En Wan Burhanuddin (En Wan).

Seingatan aku ketika itu ada lebih kurang 12 orang pelajar yang mendaftar untuk subjek tersebut tetapi cuma 6 pelajar sahaja yang meneruskannya selepas minggu ke 4. Subjeknya menjadi berat kerana setiap kali datang ke kuliah En. Wan memaksa kami berfikir, aku akui setiap kali selepas kuliah-kuliah awal kepala aku sarat dengan persoalan dan kekeliruan. Kekeliruan tersebut menjadikan aku seorang pembaca, penulis selalunya memberikan soalan dan jawapannya maka tidaklah perlu aku berfikir sendiri; mungkin En Wan akan kecewa jika dia membaca kenyataanku ini kerana secara tersiratnya aku masih malas berfikir (dan itu bukan matlamat utama kuliahnya). Bagaimanapun aku seharusnya berterima kasih

Di antara persoalan yang diketengahkan adalah kenapa manusia berteori?. Bagiku ianya sebuah soalan yang amat relevan untuk subjek tersebut sebagai cara menyedarkan peri pentingnya subjek tersebut. Banyak yang aku baca dan telaah untuk menemui jawapanya dan jawapanya sering aku rasakan kurang konkrit/praktikal sehinggalah aku tersedar yang jawapannya juga mungkin bersifat teoritikal maka ianya tidak semestinya praktikal (tambahan pula penulis teori biasanya bersifat/cenderung berteori). Antara jawapan yang bersifat rasional adalah 'untuk memudahkan pemahaman tentang sesuatu pekara/persoalan/konsep yang kompleks'. Aku agak setuju dengan jawapan ini dan ianya boleh juga bersifat lebih proaktif seperti 'sebagai permulaan untuk mencari/memahami sesuatu permasalahan'.

Mungkin ramai di antara kita merasakan berteori itu tidak praktikal dan menyusahkan diri sendiri membebankan/menayakan diri sendiri dengan persoalan yang kebanyakanya tidak terjawabkan. Ramai juga yang tidak sedar yang kita sebenarnya hidup lebih mudah atas teori yang difikirkan oleh pemikir teori di zaman terdahulu malah ada di antara mereka yang dibunuh dalam memperjuangkan teori mereka. Copernicus contohnya dikurung hampir keseluruhan sisa hidupnya kerana mengemukakan teori yang bumi ini sebenarnya bulat dan bumi sebenarnya mengelilingi matahari bukan sebaliknya. Mustahilkah teori Copernicus tersebut asalnya bermula dengan sebuah pandangan picisan dan menjadi sebuah usaha bersungguh-sungguh untuk dibuktikan kebenarannya dan disampaikan kebenarannya kepada seluruh manusia. Kesimpulan kecil di sini 'manusia sebenarnya berteori untuk mencari kebenaran hakiki'.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon