Posts

Showing posts from June, 2008

Aku Manusia KEJAM?

Image
Ketika ini seperti kebiasaan di setiap kesudahan semester, aku sedang sibuk memberi markah untuk pelajar-pelajarku. Aku teringat tentang artikel yang baru aku baca tak lama dahulu, tentang 'Milgram Studies' yang di lakukan oleh Milgram, seorang penyelidik psikologi di Yale. Dalam eksperimen itu, dia telah meminta orang-orang dari pelbagai latarbelakang yang dipilh secara rambang untuk menyertai eksperimen beliau. Orang-orang tadi diberi sehelai 'kot putih' dan diminta menjadi 'guru'. Mereka diberikan satu set soalan yang perlu ditanya kepada 'pelajar'(seorang pelakon). Jika subjek gagal menjawab soalan, penyoal akan menghukum dengan renjatan elektrik. Terdapat variasi kekuatan renjatan elektrik; paling rendah dilabel dengan '(15V) :renjatan lemah' dan paling tinggi dilabel dengan'(450V) BAHAYA: Renjatan yang amat kuat'. Renjatan diberikan untuk setiap jawapan yang salah namun kekuatan renjatan diberikan menurut pertimbangan 'guru'

Manusia Halimunan (Invisible man) yang cuba menjadi Bebas

Image
Pagi ini seperti hari-hari yang biasa aku menaiki ERL ke KL. Dalam perjalanan tu aku terbaca pasal 'Invisible man' yang ditulis oleh Ralph Allison dalam tahun 50an dulu. Ceritanya bukan pasal manusia halimunan yang kita tengok dalam filem atau cerita XXRay tapi tentang seorang manusia yang merasakan yang dirinya 'invisible' kerana orang lain jarang sekali mengambil peduli tentang dirinya. Ketika menunggu KTM komuter aku berdiri statik menonton Selamat Pagi Malaysia. Tidak lama kemudian sebuah train dari Klang sampai dan secara tiba-tiba ramai orang mundar-mandir separa berlari di sekeliling aku. Terasa seolah-olah masa terhenti seketika untuk aku, tapi tidak bagi orang yang mundar-mandir dikejar masa disekelilingku (bayangkan keterbalikan bila Hiro Nakamura memberhentikan masa). Terasa juga aku ni seolah-olah seorang 'invisible man' kerana tiada siapa yang mempedulikan aku biarpun aku berdiri statik di tengah-tengah kesibukan manusia berlari-lari. Sangat terasin