Posts

Showing posts from May, 2008

Morale, Moral dan Kuasa

Image
Dalam beberapa bulan yang lepas terjadi beberapa hal di tempat aku berkerja, berlaku banyak ketidaktentuan arah dan kecelaruan berpunca dari masalah kewangan. Banyak kerja susah untuk dilaksanakan dalam keadaan tidak berduit. Kebimbangan menekan beberapa orang rakan sekerja aku untuk menunjukkan tindak tanduk memberontak dan mengintai serta meronta mencari peluang di tempat lain. Aku akhirnya tiba ke soal 'morale' dan 'moral'. Ketidak tentuan menjadikan kita kehilangan 'morale' untuk terus fokus di dalam melaksanakan tugas. Pelajar-pelajarku ramai yang merasa terabai dan menjadi mangsa keadaan. Tugasan sukar dilaksanakan dan mutunya pula menjadi rendah malah mungkin sedikit terkebawah dari apa yang aku harapkan. Dalam situasi begini aku terpaksa cuba mengembalikan keyakinan mereka dan disitulah wujudnya persoalan 'moral' dalam melaksanakan tugasan. Sebagai pemeriksa dan penjaga mutu penghasilan pelajar aku perlu melihat 'keadaan' dan 'suasana

Kesan Placebo

Image
Setelah sekian lama tak menulis, aku terpanggil sekali lagi untuk kembali menulis; seperti biasa aku tak menulis atau bercerita kalau tak ada apa yang nak diceritakan dan aku tak ada cerita kalau aku kurang membaca. Baru-baru ini (sejak pindah ke Nilai) aku mempunyai lebih masa untuk membaca dalam perjalanan menaiki 'train' pergi dan balik kerja setiap hari. Jadi aku ada cerita yang nak diceritakan. Beberapa hari yang lalu aku terbaca pasal 'Placebo effect' iaitu satu kesan psikologi yang dialami oleh penerima sesebuah 'rawatan'. Menurut kajian yang dilakukan sesetengah pesakit akan pulih dari sakit yang dialami setelah diberikan 'ubat' yang sebenarnya bukan ubat tetapi sesuatu bahan yang tidak seharusnya memberikan kesan baik atau buruk (contohnya air sirap untuk pesakit batuk) tetapi pesakit menunjukkan kesan pemulihan atau pulih terus. Malah di Rusia mereka telah cuba melakukan 'Placebo surgery' untuk pesakit parkinson ( sebenarnya mereka han