Posts

Showing posts from 2010

Kos Faedah dan Nilai

Image
Hari ini adalah salah satu hari cuti umum (hari Wesak) di Malaysia. Aku hanya berehat di rumah setelah menghadiri majlis 'belah mulut' dan 'potong jambul' anak saudaraku. Cuti dan kelapangan begini memang jarang bagiku dan aku bercadang untuk berehat di rumah. Cuti ini menjadikan aku terpanggil untuk menulis tentang soalan ketiga di dalam tulisanku Bentuk, Ruang, Waktu dan Ekonomi ; Apakah yang mendorong kita untuk sanggup menghabiskan duit untuk pergi bercuti di tempat yang jauh sedangkan ianya lebih memenatkan berbanding dengan duduk di rumah dan tidur. Sekali lagi persoalan 'kos-faedah' berbangkit di sini; kita sanggup melakukannya kerana faedah yang diperolehi adalah berbaloi dengan kos yang ditanggung termasuk kepenatan. Kita akan bermula dengan menimbang; berapakah nilainya untuk melapangkan diri bersama keluarga/insan tersayang, berapakah nilainya untuk menyusuri pengalaman/tempat yang baru, dan berapakah nilainya berbanding dengan tidur dan menonton t

Perubahan yang kosisten

Sepatutnya telah lama dahulu aku menjawab soalan kedua dalam tulisanku bertajuk bentuk, ruang, waktu dan ekonomi? namun kesempatannya agak terhad untuk aku menulis. Dalam soalan keduanya aku bertanyakan: Kenapa organisasi sentiasa diubah secara konsisten, sedangkan perubahan memerlukan perbelanjaan tambahan dan seringkali mengelirukan banyak pihak dan banyak membentuk masalah sampingan? Aku bukan seorang ahli ekonomi yang layak untuk menjawab soalan se'mudah' itu (aku agak mungkin terlalu mudah untuk seorang ahli ekonomi). Jadi aku terpaksa mengerah seluruh rasa rasionalku untuk menjawab soalan sebegini. Satu teori ekonomi yang paling aku ingat adalah teori 'invisible hand' di dalam buku klasik tulisan Adam Smiths (mula berminat tentangnya ketika menonton filem 'the beautiful mind'). Secara ringkasnya dalam teori itu menyatakan bahawa "persaingan bebas akan selalunya menghasilan produk yang terbaik-untuk manafaat semua". Contohnya, fakultiku adalah fa