Posts

Showing posts from 2011

Pembawa Cahaya di dalam Kegelapan

Assalmualaikum, Selawat serta salam ke atas nabi junjungan nabi Muhammad saw. Semoga Allah memudahkan apa yang ingin aku rakamkan dan sampaikan di dalam penulisan idea picisan yang telah terlalu lama aku pinggirkan ini. Penulisan picisan sebagai ingatan dan rakaman pelbagai pekara yang pernah menyentuh rasa dan fikiranku selama ini. Tiba-tiba aku terpanggil untuk merenung peranan dan matlamat kerjaya utamaku selama ini. Berserta sedikit pembacaan (terutamanya dari buku Dr. Aidh: "Bacalah atas nama Tuhanmu") dan carian internet, semungkinnya aku cuba catatkan di sini. Di dalam kehidupan kita ini kita sudah pasti menemui ramai insan yang bernama guru. Insan-insan mulia yang mencurah bakti menyampaikan ilmu dan mengubah kita menjadi insan yang Insyallah lebih berguna dari masa ke semasa. Layaklah erti perkataan 'guru' sebagai kata nama di dalam bahasa sanskrit adalah: Pembawa Cahaya di dalam Kegelapan Sebagai kata sifat pula 'guru' bermaksud "berat/sarat&quo

Kemenangan dalam Perjuangan yang Benar

Image
Terasa tersangat lama aku tidak singgah mencurah 'idea picisan'. Menulis kini kembali menjadi 'perjuangan' yang payah buatku. Berhenti dari melatih diri untuk terus menulis menjadikan tulisanku terasa tumpul dan perlu dipertajamkan. Aku kini berada di ambang sebuah perubahan besar di dalam kehidupan. Biarpun perubahan berlaku secara konsisten tetapi kali ini aku melakukan perubahan yang agak besar. Saat begini membuat aku merenung kembali 'perjuangan'(jika layak dipanggil perjuangan) yang telah aku lakukan di dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hairannya aku masih belum lagi merasakan hadirnya 'kejayaan' hasil perjuangan tersebut. Di dalam perjuangan yang panjang, kepergian seorang pejuang pasti akan diganti dengan seorang atau lebih ramai lagi pejuang. Teringat dengan plot akhir filem "Lawrence of Arabia', di mana kematian Sherif Ali (lakonan Omar Shariff) membibitkan rasa perjuangan kepada lebih ramai lagi 'Sherif Ali' di masa hadap