KUAT
Setelah genap empat bulan 'kepergian' arwah isteriku, aku baru rasanya menemui kekuatan. 'Kuat' di sini bukan bermakna aku tidak berdaya untuk melakukan sebarang kerja selama ini; cuma 'fokus' aku di dalam melakukan sebarang kerja agak 'lemah'. Mungkin aku sengaja menjadikannya alasan selama ini untuk melewakan kerja tapi rasanya kali ini aku betul-betul lemah, ianya satu alasan yang 'emosional' tapi kini aku sedar 'kekuatan' emosi di dalam mempengaruhi kehidupan seharian.
Aku teringat kembali kepada buku 'Emotional Intelligence' tulisan Daniel Goldman yang aku baca ketika aku masih 'berkawan' dengan arwah isteriku. Ketika itu aku sangat berkeyakinan yang emosi seharusnya begitu mudah di'kawal' secara praktikalnya. Contohnya andai kata kita sedang berbincang dengan seseorang dan kita menjadi marah; jantung kita akan berdegup dengan lebih kencang melebihi aras biasa; maka kita harus memberhentikan perbincangan tersebut sehingga degupan jantung kedua-dua pihak menjadi normal.
Nampak praktikal tetapi hakikatnya tidak begitu bila kita memperkatan sesuatu yang 'emosional' seperti di dalam sesi 'krit' di studio. Aku terpaksa 'emosional' kerana subjek yang diperkatakan juga menyentuh bahagian 'emosional' sesebuah design. Masalah juga timbul bila pelajarku perlu mengambil nasihatku secara 'emosional'; menjadikan suasana di studio seringkali tegang. Di sini aku sering mengambil kesimpulan bahawa menjadi emosional itu perlu tetapi keupayaan mengawal 'emosi' itu juga perlu. Keupayaan mengukur dan mengenalpasti tahap keperluan untuk ber'emosional' itu perlu diajar.
Kita harus sedar yang manusia secara fitrahnya memang beremosi, seseorang tanpa emosi tidak akan dapat menjadikan hidupnya bermakna. Kita perlu rasa 'takwa' untuk beribadat, kita perlu 'marah' untuk menuntut keadilan, kita perlu 'sedih' untuk menerbitkan rasa 'kasihan' atau 'bersyukur'. Rasa 'emosi' menjadikan hidup ini 'indah' dan 'bermakna'. Begitulah rasa 'hilang kekuatan' yang aku rasakan, ianya mengerakkan seluruh mental dan fizikalku untuk menjadi lebih 'kuat'. Amin. Hanya Allah yang maha tahu tentang kejadiannya dan maksud dalam setiap peristiwa. Dia juga yang maha mengetahu seberapa 'kuat' aku ini kerana manusia belum mampu atau mempunyai kaedah (method) untuk mengukur 'kekuatan' sebenar yang dimilikinya.

Comments