Posts

Showing posts from June, 2009

Perjuangan yang CELIK

Beberapa hari yang lalu, aku terpanggil untuk menulis tentang pemansuhan PPSMI, sebuah perjuangan yang aku rasakan amat relevan. Ramai yang memberi komen dan pandangan; terima kasih kerana sudi membazir masa membaca tulisan picisan tersebut. Menyebut tentang sebuah 'Perjuangan', mungkin semua orang ada perjuangan mereka yang tersendiri. Ada yang berjuang untuk agamanya, ada yang berjuang untuk bangsanya, ada yang berjuang untuk bahasanya dan tak kurang juga yang 'berjuang' untuk 'poket' dan perutnya sendiri. Hidup mungkin amat bosan dan tidak bererti tanpa sebuah perjuangan; tapi adakah kita sedar apakah yang kita perjuangkan sebenarnya? apakah manifestasinya? betul dan beretika kah niat, laku dan hasilnya? Dalam sesebuah perjuangan pula kita selalunya mempunyai seorang 'wira' yang kita kagumi dan sanjungi. Seberapa mungkin kita cuba mencapai atau sekurang-kurangnya menyokong perjuangan wira tersebut. Tetapi kita tidak harus mencontohi wira tersebut

Bahasa Jiwa Bangsa

Image
Semalam aku berkesempatan menulis beberapa buah pantun, satu amalan yang sangat jarang-jarang aku lakukan; tetapi hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang bahasa dan bangsa; secara jujur aku menyokong perjuangan pemansuhan PPSMI kerana ianya bertentangan dengan perjuangan kemerdekaan sejati. Bahasa memanglah satu alat yang penting di dalam memajukan bangsa dan bahasa juga satu petunjuk aras ketamadunan sesebuah bangsa. Bahasa Melayu pernah diterima pakai sebagai bahasa pertuturan terpenting di rantau ini (lingua franca). Bagi aku ianya lebih dari itu, ianya juga lambang kemajuan tamadun Melayu yang dihormati ketika itu. Kenapa ada orang kita yang merasakan 'rendah diri' bila berbahasa Melayu, takut dianggap kurang maju dan berdaya saing jika tidak berbahasa Inggeris? Ianya adalah lambang kerendahan jati diri sesebuah bangsa, kerana merasakan dirinya sentiasa lebih rendah martabatnya dari orang Inggeris. Segala yang orang Inggeris buat itu hebat dan kita tidak mungkin menc

Bahtera yang tiris

Image
Lama sungguh aku tak menulis...rasanya kali ini tak perlu bagi alasan. Aku cuma teruja untuk menulis kembali apabila seorang sahabat lama (Jon Labu) meminjam kata-kata aku di laman FBnya. Banyak sangat cabaran dan ujian yang datang dan pergi sejak akhir-akhir ini; bahtera tumpanganku di landa tsunami, membuaklah tiris di sana sini, ramai yang terjun tinggalkan kami, namun nakhodaku tak ambil peduli. yang terjun pula bukan sebarang, dada terisi ilmu terbilang, kemana hendak diganti yang hilang, namun nakhoda taknak menentang. semakin karam bahtera yang tiris, nakhodanya pula tak ambil peduli, sedalam lautan hati terhiris, semangat juangku tinggal seinci. aduhai kasihan anak tumpangan, diperlaku lagak barang dagangan, untung sabut timbul;sampai kepelabuhan, untung batu tenggelam; dilaut kenangan. Ya Allah! selamatkan bahtera yang tiris ini.