Posts

Showing posts from June, 2020

Aku bukan Teflon

Image
Selawat serta salam buat Nabi junjungan serta doa untuk kedua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan yang bersama kita ditakdirkan bertemu serta berganding bahu menempuhi perjalanan hidup ini. Teflon adalah satu teknologi yang menjadikan pelbagai peralatan; terutamanya peralatan memasak mudah dibersihkan tanpa meninggalkan bekas biarpun kotoran terdegil dan paling 'jahat' sekalipun. Kalaulah kesilapan, kedegilan dan kejahatan kita begitu mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan bekas, maka kita akan nampak kembali 'sempurna' setiap kali setelah dibersihkan.  Kalaulah kata-kata, penulisan dan perkongsian kita terutamanya di internet begitu mudah dipadamkan, maka kita mengimpikan bersifat seperti Teflon; namun hakikatnya tidak begitu...segalanya kini berbekas dan tercatat rapi. Ya Allah, hanya kau yang mampu menghapuskan bekas dan catatan burukku selama ini,  Aku mohon ampunkanlah dosaku selama ini...sama ada yang kau nyatakan atau yang kau sembunyikan.   Kerana kufahami yang &#

Kewarganegaraan Digital

Image
Salam serta selawat untuk Nabi junjungan, ayah serta ibu yang tak pernah berkurang kasih sayangnya, keluarga serta para sahabat sekelian.  Hari ini aku cuba bankit dari kebah kemarau kandungan isi pemikiran yang amat panjang. Selain itu hari ini juga aku melangkah untuk menjadi seorang warganegara digital di sebuah negara digital bernama Instagram.  Lain sungguh landskap serta gaya rakyat negara ini dan belum lagi aku fahami lagak budaya di sini. Doakan aku menjadi warganegara yang dapat menyumbang ke arah pembangunan warga negara ini. Amin.