Melakar Sejarah

Sejarah bagi kebanyakan orang adalah sebuah matapelajaran di sekolah. Ramai pelajar yang kurang meminati matapelajaran sejarah kerana di dalam ujiannya kita selalu terpaksa menghafal pelbagai tarikh, nama, tempat kejadian serta pelbagai lagi fakta tentang peristiwa-peristiwa ‘penting’.
Seorang guruku pernah mengingatkan bahawa sejarah ditulis menurut perspektif penulisnya. Penulis sejarah Inggeris (berperspektif penjajah) akan mengatakan yang Datuk Maharaja Lela adalah seorang pengganas; penulis sejarah Melayu (berperspektif dijajah) akan menyanjung orang yang sama sebagai Wira Pembebasan Bangsa; dan kalau aku punya perspektif, aku mungkin menganggap dia seorang kaya yang tidak ingin wilayah kekuasaan dan sumber kekayaanya diancam, mungkin juga dia membunuh tanpa motif bangsa sedikitpun.
Dimanakah Sejarah bermula?; Adakah ketika aku menaip paragraph pertama tadi adalah sejarah?; Bolehkah itu dianggap Sejarah?; Kenapa Sejarah dipelajari dan dihayati?; Mampukah aku melakar sejarah?; pelbagai persoalan yang timbul bila memikirkan tentang Sejarah. Tetapi agaknya persoalan yang terpenting adalah ‘Bagaimana Sejarah boleh menjadikan aku manusia yang lebih baik?’
Aku teruja menulis tentang sejarah selepas terbaca tulisan pendek oleh Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni di dalam sebuah buku yang aku lupa tajuknya. Dr Aidh menjelaskan yang setiap orang seharusnya ‘menulis sejarahnya sendiri’. Maksud beliau adalah tentang peri perlunya kita menyumbang kepada pembangunan kemanusiaan dengan bersungguh-sungguh (melakar sejarah) dan lebih baik lagi jika menulis bagi memastikan sejarah itu terakam (dan dari perspektif kita sendiri) dan boleh disampaikan kepada generasi berikutnya biarpun pelakar sejarah itu telah mati.
Mampukah aku melakar sejarah di dalam ketamadunan manusia? Allah’ualam.
Mampukah aku melakar sejarah sendiri? Insya’Allah.

Comments