Morale, Moral dan Kuasa

Dalam beberapa bulan yang lepas terjadi beberapa hal di tempat aku berkerja, berlaku banyak ketidaktentuan arah dan kecelaruan berpunca dari masalah kewangan. Banyak kerja susah untuk dilaksanakan dalam keadaan tidak berduit. Kebimbangan menekan beberapa orang rakan sekerja aku untuk menunjukkan tindak tanduk memberontak dan mengintai serta meronta mencari peluang di tempat lain.

Aku akhirnya tiba ke soal 'morale' dan 'moral'. Ketidak tentuan menjadikan kita kehilangan 'morale' untuk terus fokus di dalam melaksanakan tugas. Pelajar-pelajarku ramai yang merasa terabai dan menjadi mangsa keadaan. Tugasan sukar dilaksanakan dan mutunya pula menjadi rendah malah mungkin sedikit terkebawah dari apa yang aku harapkan. Dalam situasi begini aku terpaksa cuba mengembalikan keyakinan mereka dan disitulah wujudnya persoalan 'moral' dalam melaksanakan tugasan. Sebagai pemeriksa dan penjaga mutu penghasilan pelajar aku perlu melihat 'keadaan' dan 'suasana' dalam melakukan penilaian.

Pelajar itu mungkin telah berusaha tetapi 'situasi' yang telah menyekatnya untuk terus menjadi lebih baik. Ianya juga mungkin bermakna bahawa pelajar itu bukan kurang bijak tetapi perjalanannya lebih banyak 'geseran' berbanding 'pelincir' maka secara relatifnya dia mungkin lebih baik dari pelajar lain yang menerima banyak 'pelincir' tetapi malas/kurang bijak.

Timbul pula soal 'moral' dan kuasa. Aku memang berkuasa untuk memberi markah rendah atau tinggi; tapi 'moral' mengikat aku untuk cuba manjadi lebih adil. Aku hanya mampu mencuba menjadi lebih adil tapi hakikatnya amat sukar menjadi adil dan hanya yang esa mampu menilai 'keadilan' setepat-tepatnya. Ya Allah ampunilah hambamu yang lemah ini, jauhkanlah aku dari sifat tidak adil , tidak bertanggungjawab, tidak bermoral dan rendah 'morale'nya.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon