Posts

Showing posts from 2009

Jawapanku buat Soalan Pertama

Image
Dalam tulisanku yang lepas aku telah bertanyakan beberapa soalan dan ini adalah jawapanku untuk soalan yang pertama: Kenapa staff mengambil inisiatif mengubah susunan meja dan mengecat dinding pejabat dengan warna yang baru, sedangkan tiada upah diberikan dan ianya seharusnya tugas pihak pengurus bangunan? Untuk jawapannya mungkin kita harus memahami salah satu prinsip ekonomi yang paling asas iaitu konsep 'kos-faedah' (cost-benefits); kita akan sanggup untuk melakukan/membayar sesuatu hanya jika kita merasakan pulangan/faedahnya berbaloi Andaikan jika kita ingin minum teh tarik sambil menonton bola, semua orang sedar yang ianya boleh dilakukan dengan murah di rumah tetapi ramai yang sanggup memandu jauh, meninggalkan keselesaan rumah dan membayar harga teh tarik 'komtar' yang rasanya sangat 'kaw' (alasan utama untuk menafikan rasa teh di rumah). Yang kita bayar sebenarnaya adalah sebuah 'suasana' yang dapat dikongsikan bersama rakan-rak

Bentuk, Ruang, Waktu dan Ekonomi?!!!

Image
Agaknya masa terlalu mencemburui aku dalam sepertiga bahagian terakhir tahun 2009 ini. Lebih sebulan aku berkerja tanpa menikmati hujung minggu sehinggalah minggu lepas bila aku mengambil cuti yang agak panjang. Kesempatan itu aku gunakan untuk menghabiskan sebuah buku ringkas bertajuk 'The Economic Naturalist' oleh Robert H Frank (setelah hampir 3 bulan membiarkannya di sisi katil). Pagi tadi bila aku tiba di pejabat, Dekan memaklumkan yang kami perlu menghadiri mesyuarat dengan DVC yang baru; aku juga dikejutkan dengan susunan meja-meja di dalam pejabat yang telah diubah selain dindingnya telah diwarnakan atas inisiatif rakan-rakan sekerja semasa ketiadaanku. Biarpun baru seminggu aku bercuti, kebetulannya di waktu itu begitu banyak perubahan di dalam bentuk dan ruang aku berkerja. Hakikatnya, Allah kali ini memberikan aku nikmat dengan kesegaran bentuk, ruang dan waktu yang baru; bentuk susunan meja yang baru, ruang yang lebih terbuka, waktu untuk aku 'berkemas&#

Islam...Senibina

Image
Aku amat teruja dengan perbincangan dua sahabat yang cuba mengertikan tentang Senibina Islam. Satu persoalan yang memang sukar dijawab; perbincangannya boleh berlarutan agak panjang. Aku sedar kedua sahabat tersebut sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran mengajar yang baru dan aku mohon meminta izin untuk mencelah dan menyatakan idea picisanku tentang pokok perbincangan mereka. Pertamanya, mungkin ramai orang di dalam bidang senibina tidak pernah berupaya mendefinasikan apakah itu ‘Senibina’. Malah mungkin lebih mudah menceritakan apakah yang ‘bukan Senibina’ berbanding ‘Senibina’ itu sendiri. Mungkin kalau dibincangkan di sini kita dengan mudah terperangkap dengan ‘perangkap syllogism’; keterlaluan dalam membincangkan makna sesuatu perkataan tetapi tidak membawa kepada keputusan atau hasil yang bermakna apatah lagi berguna kepada umat manusia. Kebetulan minggu lalu aku dijemput ke sebuah perjumpaan dengan pelajar-pelajar UKM yang bakal menganjurkan Bengkel Senibina 2010. Terseli

Impak..ku

Image
Di dalam studio senibina; aku sering mengingatkan pelajarku tentang kesan sebuah garisan kepada masyarakat yang ada di tapak sebenar. Sebuah garisan boleh menghilangkan rumah seorang anak yatim, menjadikan hidupnya lebih melarat; dan seorang arkitek harus bertanggungjawab ke atas kesan garisan tersebut dan mugkin dipersoalkan di akhirat kelak. Di dalam setiap apa yang kita lakukan, kita harus sedar akan kesan atau hasil dari perlakuan tersebut. Kerana itu sebelum kita melakukan sesuatu kita harus merancang serta membetulkan niat. Ramai yang kurang menjadi hasilnya; bila perancangannya kurang teliti atau niatnya terpesong didalam melakukan perlaksanaan sesebuah kerja (malah sesebuah ibadah sekalipun). Maka terserlahlah hubungkait antara NIAT, LAKU dan HASIL. Apa yang ingin aku perkatakan hari ini adalah kepanjangan kepada hubungan NIAT, LAKU dan HASIL tersebut iaitu IMPAK atau KESAN dari 3 komponen dari rantaian tersebut. Ianya bukan idea yang baru kerana ianya telah banyak digunakan ba

Legasi

Image
Aku baru sahaja menghabiskan sebuah buku bertajuk 'Outliers' oleh Malcolm Gladwell; (buku tersebut telah diterbitkan tahun lepas namun versi 'paperback'nya baru sahaja di Malaysia.) Dalam masa yang hampir sama juga aku baru habis menelaah kembali sebuah jilid pertama 'Tafsir di Radio' buah tangan Tuan Guru Ahmad Sohandji. Dua buah buku yang berbeza namun pokok isinya hampir sama malah pendekatanya juga hampir serupa; kedua-duanya menyentuh tentang 'Legasi'. Ketika di tahun kedua pengajianku di USM; tema bengkel senibina anjuran UTM ketika itu bertema 'Legase', aku hanya jadi pemerhati sahaja ketika itu, banyak akiviti-aktiviti dilakukan berlandaskan tema yang sama, sungguh meriah dan warna-warni; namun entah berapa kerat dari kami yang betul-betul mendalami maksud 'legase' tersebut ; namun sehingga kini aku menyanjung usaha UTM memertabatkan senibina Melayu melalui KALAM. Dalam 'Outliers'; Gladwell dengan panjang lebar, diselitka

Perjuangan yang CELIK

Beberapa hari yang lalu, aku terpanggil untuk menulis tentang pemansuhan PPSMI, sebuah perjuangan yang aku rasakan amat relevan. Ramai yang memberi komen dan pandangan; terima kasih kerana sudi membazir masa membaca tulisan picisan tersebut. Menyebut tentang sebuah 'Perjuangan', mungkin semua orang ada perjuangan mereka yang tersendiri. Ada yang berjuang untuk agamanya, ada yang berjuang untuk bangsanya, ada yang berjuang untuk bahasanya dan tak kurang juga yang 'berjuang' untuk 'poket' dan perutnya sendiri. Hidup mungkin amat bosan dan tidak bererti tanpa sebuah perjuangan; tapi adakah kita sedar apakah yang kita perjuangkan sebenarnya? apakah manifestasinya? betul dan beretika kah niat, laku dan hasilnya? Dalam sesebuah perjuangan pula kita selalunya mempunyai seorang 'wira' yang kita kagumi dan sanjungi. Seberapa mungkin kita cuba mencapai atau sekurang-kurangnya menyokong perjuangan wira tersebut. Tetapi kita tidak harus mencontohi wira tersebut

Bahasa Jiwa Bangsa

Image
Semalam aku berkesempatan menulis beberapa buah pantun, satu amalan yang sangat jarang-jarang aku lakukan; tetapi hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang bahasa dan bangsa; secara jujur aku menyokong perjuangan pemansuhan PPSMI kerana ianya bertentangan dengan perjuangan kemerdekaan sejati. Bahasa memanglah satu alat yang penting di dalam memajukan bangsa dan bahasa juga satu petunjuk aras ketamadunan sesebuah bangsa. Bahasa Melayu pernah diterima pakai sebagai bahasa pertuturan terpenting di rantau ini (lingua franca). Bagi aku ianya lebih dari itu, ianya juga lambang kemajuan tamadun Melayu yang dihormati ketika itu. Kenapa ada orang kita yang merasakan 'rendah diri' bila berbahasa Melayu, takut dianggap kurang maju dan berdaya saing jika tidak berbahasa Inggeris? Ianya adalah lambang kerendahan jati diri sesebuah bangsa, kerana merasakan dirinya sentiasa lebih rendah martabatnya dari orang Inggeris. Segala yang orang Inggeris buat itu hebat dan kita tidak mungkin menc

Bahtera yang tiris

Image
Lama sungguh aku tak menulis...rasanya kali ini tak perlu bagi alasan. Aku cuma teruja untuk menulis kembali apabila seorang sahabat lama (Jon Labu) meminjam kata-kata aku di laman FBnya. Banyak sangat cabaran dan ujian yang datang dan pergi sejak akhir-akhir ini; bahtera tumpanganku di landa tsunami, membuaklah tiris di sana sini, ramai yang terjun tinggalkan kami, namun nakhodaku tak ambil peduli. yang terjun pula bukan sebarang, dada terisi ilmu terbilang, kemana hendak diganti yang hilang, namun nakhoda taknak menentang. semakin karam bahtera yang tiris, nakhodanya pula tak ambil peduli, sedalam lautan hati terhiris, semangat juangku tinggal seinci. aduhai kasihan anak tumpangan, diperlaku lagak barang dagangan, untung sabut timbul;sampai kepelabuhan, untung batu tenggelam; dilaut kenangan. Ya Allah! selamatkan bahtera yang tiris ini.