Posts

Showing posts from September, 2005

Nilai Ketimuran

Saban hari kita didedahkan dan diperingatkan tentang pentingnya menjaga 'nilai ketimuran' yang kita warisi...malah sesekali terasa nilai tersebut makin nampak terhakisnya sehingga kita diperingatkan melalui pelbagai media termasuk TV. Isu yang ingin aku timbulkan bukan tentang 'nilai ketimuran' itu tetapi bila aku perhatikan apa yang didakwa sebagai 'nilai ketimuran' itu bersifat sejagat...umpamanya ucapan 'terima kasih', menolong orang tua, menghormati jiran dan rakan..aku rasakan sebenarnya sejagat. Orang di barat pun melakukan sedemikian... maka apakah batas adat 'ketimuran' dan adat 'kebaratan' itu? yang aku persoalkan. Kita selalu menyalahkan orang putih bersifat 'orientalis' tetapi kita juga sebenarnya adalah 'orientalis' kelas kedua kerana menganggap kebanyakan yang diamalkan dibarat itu tidak sesuai dengan kita. Memang banyak yang telah dibicarakan olah Edward M Said tentang isu pemecahan dunia kepada barat dan

Idea tenggelam timbul

Kita sering mempunyai idea tapi ianya sering terlepas dari ingatan apalagi untuk direalisasikan, disini lah kepentingan menulis dan melukis hadir. Aku sedang menghabiskan sebuah buku ilmiah bertajuk 'The Myth of Laziness' (Momokan tentang Kemalasan) menarik juga, kesimpulan awalnya mendedahkan kemalasan adalah berpunca kegagalan psiko-neuro dan contoh yang paling jelas adalah 'menulis'. Menulis adalah satu kerja yang melibatkan pelbagai aktiviti psiko dan neuro, semasa menulis otak kita berfikir dan menyusun ayat sambil mengeja..tangan menaip/menulis berdasarkan 'puncutation' dan ejaan yang selaras, semuanya agak kompleks jika diperhatikan....maka tidak hairanlah tidak ramai yang menulis. Masalah sebenarnya adalah masalah menghasilkan 'output' kerana menghasilkan 'output' memerlukan kemahiran psiko-neuro yang dilatih dan dipertajamkan kemahirannya. Mungin kerana inilah kita dikatakan menggunakan kurang 10% dari keupayaan otak kerana kebanyakan id

Mengawal Fokus

Agak lama juga aku tak berkesempatan menulis idea picisan, sibuk! alasan biasaku untuk menyenangkan hati, hakikatnya aku mungkin tidak 'sibuk' sangat cuma fokus ku tertumpu kepada kerja-kerja lain selain menulis di sini. Fokus dalam kerja memang amat penting... namun memberi pelbagai fokus (multi focus) ketika melakukan pelbagai kerja (multi tasking) berlainan memang sukar. Ketika menulis fikiranku kadang-kadang memikirkan pekara lain...susu anak, road tax kereta, persediaan subjek dan macam-macam lagi bergantung kepada keadaan dan masa. Yang teruknya jika fokus itu terpesong sebelum kerja itu bermula, aku gelarkan 'geseran untuk bermula' (resistance to change/start ). Selalunya jika ini boleh dilalui maka kerja boleh bermula atau dimulakan semula namun setelah itu datang hujanan 'fikiran' yang menghilangkan fokus ketika berkerja selain gangguan/halangan fizikal menjadikan kerja terbantut atau lewat. Malah ketika kerja hampir siap sekalipun ada halangan 'fik

Nikmat Tuhan

Aku baru pulang dari melawat hutan di FRIM, Kepong. Keindahan alam ciptaan tuhan memang menakjubkan. Tujuan asalku adalah untuk menemani isteriku yang menyiapkan tugasan ekologi landskapnya. Pemerhatian dilakukan kami sendiri dan hanya separuh 'nature trail' kami habiskan. Itupun terasa keindahan alam ciptaan tuhan selain bermaknanya setiap kejadian yang menyokong di antara satu sama lain sambil bersaing meneruskan hidup dan generasi. Persaingan atau simbiosis tidak menjadi persoalannya tetapi kekayaan hutan yang penuh flora dan fauna sebenarnya mempunyai banyak pengertian jika kita fikirkan...malah persaingan dan simbiosis itulah yang membentuk ekologi yang sentiasa berusaha mencapai keseimbangan...satu sistem yang teratur disebalik keseliratan tumbuhan di hutan hujan...bukankah pasti ada pengaturnya yang maha mengetahui dan berkuasa?

Kreativiti dan Negara

Sibuk diseluruh negara memperkatakan tentang 80,000 graduan menganggur, inilah dilemanya negara yang mempunyai banyak 'sumber insan' tetapi tidak punya tempat untuk digunakan. Juka dilihat secara luas ianya adalah 'pembaziran sumber' dan lebih luas lagi dikatakan sebagai kurang menghargai nikmat tuhan (Allah sahaja yang maha mengetahui). Membincangkan persoalan sebegini besar mungkin tidak boleh dikategorikan idea picisan, isunya merangkumi segala bidang termasuk pendidikan, pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial. Aku hanya berminat untuk melihat 'kreativiti' sebagai satu sumber insan yang boleh dimajukan dan dipasarkan sehingga boleh dianggap sebagai satu komiditi negara. Hasil kerja kreatif secara 'tradisinya' amat unik kerana ianya seharusnya boleh dihasilkan tanpa modal yang banyak dan campurtangan pihak lain; contohnya sebuah lukisan boleh dihasilkan oleh seorang pelukis tanpa bantuan sesiapa, begitu juga lagu, lirik, arca atau ukiran. Namun begit

Jumaat dan Syabban yang bakal tiba

Hari ini Jumaat 28 Rejab, lebih kurang sebulan lagi bulan Ramadhan akan tiba, banyak yang telah membuat persiapan untuk Aidilfitri tapi bukan persiapan untuk Ramadhan. Tapi apa pun yang boleh dianggap persiapan untuk Ramadhan?, berikut adalah antara persepsiku tentang persiapan Ramadhan: Puasa sunat (ada yang telah memulakannya pada bulan Rejab ini). Melihat peluang untuk menaja majlis berbuka puasa. Membeli baju raya agar tak terlepas tarawih pasal nak beli baju raya. Menyediakan senarai senarai juadah berbuka puasa setiap hari; agar tak pening kepala bila pergi ke bazar Ramadhan.

Doaku, Niatku, Lakuku dan Hasilnya

Sepanjang cuti hari kebangsaan semalam, aku hanya duduk di rumah sambil bermain dengan anak-anakku. Tiada apa yang istimewa rasanya tentang hari kebangsaan buat anak-anakku kecuali kereta berhias di perarakan yang ditayangkan di TV. Banyak kenangan tentang kemerdekaan diimbau melalui rancangan TV dan aku masih melihatnya dari sudut niat, laku dan hasilnya. Aku percaya kebanyakan yang kita capai/lalui bergantung kepada 3 elemen iaitu niat, laku dan hasil. Ketiga-tiganya haruslah ikhlas dan tulus dalam merealisasikan sesuatu tugas atau usaha, namun kuasa tuhan tetap mengatasi segala-galanya kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Aku yakin dan pasti bahawa negara kita telah merdeka kerana niat yang suci, laku untuk mencapainya juga telah diharungi dengan tulus dan hasilnya telah kita kecapi. Nikmat tuhan yang kecil ini tak terhingga nilainya dan harus disyukuri. Persoalannya kita kadangkala terlupa tentang 3 elemen ini dalam meneruskan perjuangan mener