Posts

Showing posts from November, 2008

Ujian, Ikhlas, Iman dan Ketenangan

Image
Journey for A Peace Aku bukan seorang yang mampu menyelesaikan setiap masalah dengan betul setiap kali, malah aku juga bukan seorang yang mampu menyelesaikan masalah setiap kali; yang aku mampu adalah cuba menyelesaikan masalah setiap kali. Kehidupanku sebagai seorang ‘pendidik’(aku harap aku layak untuk gelaran sebegini) di studio-studio senibina mendedahkan aku dengan pelbagai ragam dan rencam ujian dalam pemasalahan rekabentuk dan kehidupan. Bukan sahaja dengan masalah rekabentuk setiap pelajar yang perlu aku hadapi tetapi sikap serta keperibadian pelajar bimbingan ku juga. Aku sering mengingatkan pelajar dan diriku sendiri yang seorang arkitek yang baik perlu menjadi seorang pemerhati yang ikhlas didalam memperbaiki kehidupan manusia-manusia di sekelilingnya. Lihatlah pelbagai ujian yang melanda masyarakat disekitar kita kini; ujian dari lif yang rosak, ujian tentang keselamatan pejalan kaki, ujian berkenaan keruntuhan akhlak dan ujian dari hilangnya nilai hidup bermasyarakat; keb