Posts

Showing posts from October, 2008

Melakar Sejarah

Image
Sejarah bagi kebanyakan orang adalah sebuah matapelajaran di sekolah. Ramai pelajar yang kurang meminati matapelajaran sejarah kerana di dalam ujiannya kita selalu terpaksa menghafal pelbagai tarikh, nama, tempat kejadian serta pelbagai lagi fakta tentang peristiwa-peristiwa ‘penting’. Seorang guruku pernah mengingatkan bahawa sejarah ditulis menurut perspektif penulisnya. Penulis sejarah Inggeris (berperspektif penjajah) akan mengatakan yang Datuk Maharaja Lela adalah seorang pengganas; penulis sejarah Melayu (berperspektif dijajah) akan menyanjung orang yang sama sebagai Wira Pembebasan Bangsa; dan kalau aku punya perspektif, aku mungkin menganggap dia seorang kaya yang tidak ingin wilayah kekuasaan dan sumber kekayaanya diancam, mungkin juga dia membunuh tanpa motif bangsa sedikitpun. Dimanakah Sejarah bermula?; Adakah ketika aku menaip paragraph pertama tadi adalah sejarah?; Bolehkah itu dianggap Sejarah?; Kenapa Sejarah dipelajari dan dihayati?; Mampukah aku melakar sejarah?; pelb

HUJAN

Image
Pagi ini ketika meninggalkan rumah, hujan rintik sedang turun mengingatkan aku kepada satu janji kepada seseorang untuk menulis tentang hujan. Memang akhir-akhir ini hujan sering turun di waktu pagi ketika kami memulakan hari. Hujan adalah satu rahmat yang diturunkan Allah untuk semua makhluk di bumi, setiap titisannya dipenuhi dengan keberkatan, kesuburan rezeki dan sumber kepada banyak kehidupan. Di dalam bidang ekologi, hujan adalah di antara faktor utama yang mempengaruhi ekologi sesebuah tempat, taburan hujan yang tinggi contohnya menjadikan Hutan Hujan Tropika memiliki diversiti kehidupan yang sangat tinggi, bayangkan satu kilometer persegi di dalam hutan hujan memilik diversiti yang berganda banyaknya berbanding seluruh Eropah. SubhanAllah aku rupanya dilahirkan di tempat yang memiliki berganda rahmat Allah. Begitupun kita sering bersungut tentang hujan. “Hujan yang turun bagaikan mutiara” antara bait-bait indah lagu Allahyarham Sudirman bertajuk ‘Hujan’yang menceritakan tentang

Ketenangan Jiwa

Image
Kebetulan di dalam tulisanku semalam aku menyentuh 'Ketenangan Hati' dan secara kebetulan aku menemui kembali buku 'Iman dan Kehidupan' tulisan Dr Yusuf Al Qaradawi yang pernah aku sebutkan di dalam tulisan ku tentang Hidup dan Mati yang seringkali aku bacakan untuk arwah isteriku di hari-hari terakhirnya. Di dalam satu bab buku tersebut penulis menceritakan tentang satu pengalaman di dalam kehidupan mudanya; Dia menceritakan tentang bagaimana dia telah menyenaraikan satu daftar tentang kesenangan hidup yang diimpikan oleh setiap manusia. Setelah puas berfikir dan mentelaah di telah menyiapkan satu daftar, senarai daftar tersebut termasuklah [1]Kesihatan, [2] Kecintaan, [3] bakat, [4]kekuatan, [5] kekayaan dan [6] kemasyhuran. Setelah siap dia telah membawa daftar tersebut kepada seorang ahli fikir yang tua. "Satu daftar yang bagus, letak susunnya tidak mengapa, tetapi pada pandangan saya; kamu telah melupakan satu pokok yang terpenting. Kesemua yang terdaftar aka

HATI

Image
Hati adalah satu organ di dalam badan kita yang memainkan peranan penting di dalam sistem perkumuhan tubuh kita, kegagalan fungsi hati akan menyebabkan masalah yang serius kepada tubuh, fizikalnya kulit akan menjadi sembab dan kekuningan sama seperti bayi yang menghidap demam kuning (jaundice) kerana hatinya belum berfungsi dengan baik. Aku pernah terbaca yang walaupun hati kita sakit, kita tidak dapat merasakan kesakitan di organ tersebut kerana jika hati mempunyai deria sakit, kita mungkin akan sentiasa merasa sakit. Lucunya jika fakta ini dikaitkan dengan 'sakit hati' di dalam kiasan bahasa melayu, rupa hakikatnya hati kita sebenarnya tidak boleh sakit; maka dari mana datangnya rasa ‘sakit hati’ tersebut. Teringat pula hadis yang mengatakan bahawa di dalam badan kita ini ada seketul daging, jika baik ianya maka eloklah seluruh anggota badan yang lainnya tetapi sebaliknya juga jika ianya buruk. Hadis ini merujuk kepada ‘hati’ bukan sebagai sebuah ‘organ’ tetapi sebagai kiasan

PAGI

Image
Setiap hari kita dimulakan dengan sebuah 'Pagi'. Oleh kerana ianya sebuah permulaan maka kesannya terhadap seluruh 'mood' hari tersebut memang nyata. Ramai 'psikologist' yang percaya bahawa warna baju yang kita pilih di waktu pagi menggambarkan mood kita di hari tersebut, iklan 'Nescafe' menggambarkan indahnya pagi bila menikmatinya, 'Hujan Pagi' tajuk sebuah novel berat A.Samad Said, embun pagi adalah lambang kesucian yang menjelma sekejap sebelum hilang (teringat lagu Letto 'Sebelum Cahaya'), doa yang makbul adalah di sepertiga malam (awal pagi), apa-apa pun pagi memang satu detik yang mempengaruhi diri kita. Aku boleh secara 'vivid' mengenali beberapa pagi yang pernah aku lalui; bunyi lagu 'mari bersenam' ketika aku di asrama, celoteh 'mat cermin' di dalam SPM serta segmen Jejak Kasih ketika aku menjalani latihan amali, Lagu Roy 'Sejahtera Malaysia' ketika menaiki bas ke ofis di Taman Tun, roti canai dan

Aku Skeptik

Image
Malam semalam aku terbaca pasal 'skepticism', satu aliran pemikiran falsafah yang percaya bahawa manusia tidak mungkin mencapai untuk mengetahui sesuatu secara hakiki; pengetahuan kita adalah setakat berkemungkinan benar atau selalunya benar tetapi bukannya kebenaran sejati. Aku teringat kepada filem 'Matrix' lakonan Keanu Reeve, di mana manusia cuma hidup di dalam memori virtual sahaja, segala pengalaman fizikal dan mental kita sebenarnya tidak benar, fizikalnya manusia hanya berbaring di dalam satu tiub inkubasi yang dikawal oleh komputer, segala pengalaman harian kita sebenarnya wujud di dalam sebuah jaringan matrik sahaja...jika kita boleh sedar kewujudan matrik tersebut (Neo watak Keanu Reeve) kita adalah sebuah ancaman kepada matrik itu sendiri.....untuk sedar tentang kewujudan matrik tersebut kita perlu menjadi seorang yang 'skeptik' dan bertukar menjadi seorang yang 'skeptik' adalah sebuah proses yang payah. Bayangkan kalau yang difilemkan itu be

Mendedahkan Privasi di Jaringan Siber

Image
Lama betul aku tak menulis dan tiada alasan yang lebih baik selain malas berfikir. Sebagai ubat malas berfikir tersebut aku kini telah sampai ke taman permainan bernama facebook. Baru-baru ini aku telah 'dijemput' oleh seorang sahabat lama untuk menyertai 'facebook'. Satu langkah yang aku anggap sebagai saja-saja sahaja tapi akhirnya aku menjadi tertarik dengan cara perhubungan baru sebegini. Ramai rakan-rakan lama yang aku temui kembali; dan rakan-rakan baru pula boleh mengenali aku dengan lebih mudah. Caranya mudah cuma kemaskinikan maklumat diri kita di dalam facebook termasuk menuliskan apa yang sedang dilakukan kini...gerak rasa hati dan badan..letakkan gambar-gambar terbaru...(untuk kes rakan lama aku terpaksa letak gambar lama...mungkin wajah dan penampilan aku dah berubah) dan menuliskan nota-nota. (seperti aku meletakkan blog ini sebagai notaku) Aku rasa kekuatan utama rangkaian sebegini terletaknya kepada keupayaan untuk kita menjelajah rangkaian rakan-rakan k