Kesan Placebo
Setelah sekian lama tak menulis, aku terpanggil sekali lagi untuk kembali menulis; seperti biasa aku tak menulis atau bercerita kalau tak ada apa yang nak diceritakan dan aku tak ada cerita kalau aku kurang membaca. Baru-baru ini (sejak pindah ke Nilai) aku mempunyai lebih masa untuk membaca dalam perjalanan menaiki 'train' pergi dan balik kerja setiap hari. Jadi aku ada cerita yang nak diceritakan.
Beberapa hari yang lalu aku terbaca pasal 'Placebo effect' iaitu satu kesan psikologi yang dialami oleh penerima sesebuah 'rawatan'. Menurut kajian yang dilakukan sesetengah pesakit akan pulih dari sakit yang dialami setelah diberikan 'ubat' yang sebenarnya bukan ubat tetapi sesuatu bahan yang tidak seharusnya memberikan kesan baik atau buruk (contohnya air sirap untuk pesakit batuk) tetapi pesakit menunjukkan kesan pemulihan atau pulih terus. Malah di Rusia mereka telah cuba melakukan 'Placebo surgery' untuk pesakit parkinson ( sebenarnya mereka hanya membuat kesan pembedahan kecil di kepala pesakit) dan ianya juga berkesan (biarpun peratusannya agak kecil). Hakikatnya potensi pemulihan semulajadi memang wujud di dalam diri kita cuma kita memerlukan cara untuk men'acu'(trigger)kan dan mempercayai yang ianya betul-betul sebuah pemulihan.
Kepercayaan (believe) menjadikan sesuatu itu 'berkesan' kepada kita. Hanya dengan mengubah kepercayaan kita akan mengubah tingkahlaku (behaviour). Mengubah tingkahlaku hampir mustahil dilakukan tanpa mengubah kepercayaan. Rasanya agak sukar untuk seseorang bersembahyang kalau dia tidak betul-betul percaya yang tuhan itu wujud. Maka kerana itulah agaknya rukun 'iman' itu sama penting kalau tidak lebih penting daripada rukun 'Islam'.
Satu lagi fakta, orang yang benar-benar berkeyakinan dan berpengetahuan mempunyai kebarangkalian yang kecil untuk mengalami kesan 'placebo' (payah rasanya untuk baik dari batuk kalau kita tahu yang diminum itu hanya air sirap). Jadi kalau kita betul-betul berkeyakinan yang tuhan itu wujud, kita tidak memerlukan tangkal dan jampi yang hanya memberikan kesan placebo. Kita yakin yang doa kita betul-betul di'dengar' secara terus oleh tuhan dan dengan izinnya dimakbulkan jika kita berkelayakan untuk menerimanya.
Subahanallah.
Comments