Posts

Aku bukan Teflon

Image
Selawat serta salam buat Nabi junjungan serta doa untuk kedua ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan yang bersama kita ditakdirkan bertemu serta berganding bahu menempuhi perjalanan hidup ini. Teflon adalah satu teknologi yang menjadikan pelbagai peralatan; terutamanya peralatan memasak mudah dibersihkan tanpa meninggalkan bekas biarpun kotoran terdegil dan paling 'jahat' sekalipun. Kalaulah kesilapan, kedegilan dan kejahatan kita begitu mudah ditanggalkan tanpa meninggalkan bekas, maka kita akan nampak kembali 'sempurna' setiap kali setelah dibersihkan.  Kalaulah kata-kata, penulisan dan perkongsian kita terutamanya di internet begitu mudah dipadamkan, maka kita mengimpikan bersifat seperti Teflon; namun hakikatnya tidak begitu...segalanya kini berbekas dan tercatat rapi. Ya Allah, hanya kau yang mampu menghapuskan bekas dan catatan burukku selama ini,  Aku mohon ampunkanlah dosaku selama ini...sama ada yang kau nyatakan atau yang kau sembunyikan.   Kerana kufahami yang &#

Kewarganegaraan Digital

Image
Salam serta selawat untuk Nabi junjungan, ayah serta ibu yang tak pernah berkurang kasih sayangnya, keluarga serta para sahabat sekelian.  Hari ini aku cuba bankit dari kebah kemarau kandungan isi pemikiran yang amat panjang. Selain itu hari ini juga aku melangkah untuk menjadi seorang warganegara digital di sebuah negara digital bernama Instagram.  Lain sungguh landskap serta gaya rakyat negara ini dan belum lagi aku fahami lagak budaya di sini. Doakan aku menjadi warganegara yang dapat menyumbang ke arah pembangunan warga negara ini. Amin.

Survival di dunia impian

Hari ini aku mengulang kembali sebuah buku yang aku baca lebih kurang dua tahun yang lalu.   Sebuah buku yang menceritakan secara ringkas bagaimana kita selalunya membuat keputusan terlalu pantas tanpa berfikir secara jelas.   Seperti gambaran kandunganya tadi, tajuk buku tersebut adalah "The Arts of Thinking Clearly" tulisan Rolf Dobelli. Menelaah buku tersebut memang amat menarik, ianya berkait rapat dengan pemikiran bidang perilaku konsumer dan 'heuristic' dalam membuat keputusan yang dipelopori oleh Daniel Kahneman.  Banyak diceritakan yang kita ini seringkali membuat keputusan tanpa berfikir secara 'jelas' (clearly),  biarpun dalam  sebuah perkara yang jelas bila diteliti logiknya.  Kita juga seringkali terperangkap di dalam perangkap khilaf (fallacies) yang menyebabkan kita membuat keputusan yang salah. Mungkin cuba menggambarkan apa yang aku fahami di dalam buku tersebut agak sukar diceritakan di sini tanpa memberi beberapa contoh: Surviva

Membaca tanpa 'membaca'

Image
Assalamualaikum buat pembuka bicara. Selawat serta salam ke atas Nabi bagi Tuhan untuk sekelian alam. Pagi ini aku 'terdampar' semula di pantai pulau 'idea picisan'.  Sebuah blog yang aku tinggalkan hampir sepuluh tahun.  Seronok dapat menelusuri penulisan dan pemikiran picisan aku hampir sedekad yang lalu, sehingga terkadang aku sendiri tidak faham dan termanggu dari mana dan kenapa aku berfikiran sedemikan ketika itu. Kenapa aku berhenti dari menulis idea picisan? juga satu misteri yang aku sendiri tidak dapat memanggil kembali sebab musababnya.  Mungkin alasan biasa, kesibukan kerja atau alasan yang paling munasabah, "tidak banyak membaca". Ketika tulisan ini sedang disediakan, Malaysia berada di ambang Pilihanraya Umum ke 14.  Di sana sini orang sibuk berbicara politik tentang si anu dan si polan, isu di situ dan di sini selain perdebatan kenapa begitu dan bukan begini.  Aku pula, Alhamdulillah diberikan sedikit kelapangan masa untuk 'membaca&

Pembawa Cahaya di dalam Kegelapan

Assalmualaikum, Selawat serta salam ke atas nabi junjungan nabi Muhammad saw. Semoga Allah memudahkan apa yang ingin aku rakamkan dan sampaikan di dalam penulisan idea picisan yang telah terlalu lama aku pinggirkan ini. Penulisan picisan sebagai ingatan dan rakaman pelbagai pekara yang pernah menyentuh rasa dan fikiranku selama ini. Tiba-tiba aku terpanggil untuk merenung peranan dan matlamat kerjaya utamaku selama ini. Berserta sedikit pembacaan (terutamanya dari buku Dr. Aidh: "Bacalah atas nama Tuhanmu") dan carian internet, semungkinnya aku cuba catatkan di sini. Di dalam kehidupan kita ini kita sudah pasti menemui ramai insan yang bernama guru. Insan-insan mulia yang mencurah bakti menyampaikan ilmu dan mengubah kita menjadi insan yang Insyallah lebih berguna dari masa ke semasa. Layaklah erti perkataan 'guru' sebagai kata nama di dalam bahasa sanskrit adalah: Pembawa Cahaya di dalam Kegelapan Sebagai kata sifat pula 'guru' bermaksud "berat/sarat&quo

Kemenangan dalam Perjuangan yang Benar

Image
Terasa tersangat lama aku tidak singgah mencurah 'idea picisan'. Menulis kini kembali menjadi 'perjuangan' yang payah buatku. Berhenti dari melatih diri untuk terus menulis menjadikan tulisanku terasa tumpul dan perlu dipertajamkan. Aku kini berada di ambang sebuah perubahan besar di dalam kehidupan. Biarpun perubahan berlaku secara konsisten tetapi kali ini aku melakukan perubahan yang agak besar. Saat begini membuat aku merenung kembali 'perjuangan'(jika layak dipanggil perjuangan) yang telah aku lakukan di dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Hairannya aku masih belum lagi merasakan hadirnya 'kejayaan' hasil perjuangan tersebut. Di dalam perjuangan yang panjang, kepergian seorang pejuang pasti akan diganti dengan seorang atau lebih ramai lagi pejuang. Teringat dengan plot akhir filem "Lawrence of Arabia', di mana kematian Sherif Ali (lakonan Omar Shariff) membibitkan rasa perjuangan kepada lebih ramai lagi 'Sherif Ali' di masa hadap

Kos Faedah dan Nilai

Image
Hari ini adalah salah satu hari cuti umum (hari Wesak) di Malaysia. Aku hanya berehat di rumah setelah menghadiri majlis 'belah mulut' dan 'potong jambul' anak saudaraku. Cuti dan kelapangan begini memang jarang bagiku dan aku bercadang untuk berehat di rumah. Cuti ini menjadikan aku terpanggil untuk menulis tentang soalan ketiga di dalam tulisanku Bentuk, Ruang, Waktu dan Ekonomi ; Apakah yang mendorong kita untuk sanggup menghabiskan duit untuk pergi bercuti di tempat yang jauh sedangkan ianya lebih memenatkan berbanding dengan duduk di rumah dan tidur. Sekali lagi persoalan 'kos-faedah' berbangkit di sini; kita sanggup melakukannya kerana faedah yang diperolehi adalah berbaloi dengan kos yang ditanggung termasuk kepenatan. Kita akan bermula dengan menimbang; berapakah nilainya untuk melapangkan diri bersama keluarga/insan tersayang, berapakah nilainya untuk menyusuri pengalaman/tempat yang baru, dan berapakah nilainya berbanding dengan tidur dan menonton t