Keindahan Luaran dan Dalaman
Di dalam senibina, terdapat konsep "inside-out", konsep ini memang terpakai di dalam memahami ruang (ruang). Banyak yang boleh diperkatakan tentang kepentingan luar dan dalam; ramai pereka muda mementingkan luaran dan mengabaikan dalaman (cantik di luar tapi tak cantik di dalamnya) saling tak tumpah seperti orang yang cantik di luar tapi tak cantik budi pekertinya, mempersona di mata tapi menyakitkan di hati.
Dalam senibina memang pengertian cantik di luar itu mudah dikaji, terdapat sistem perkadaran (propotion), ritma (rythm), keseimbangan (balance), pencahayaan (lighting) dan pelbagai lagi ilmu mencantikkan bangunan. Namun agak kurang ilmu tentang mencantikkan di dalamnya (bukan interiornya tetapi isi atau jiwa ruangnya). Apalah ertinya bangunannya cantik tetapi gagal berfungsi, membawa penyakit kepada penghuninya, membawa masalah sosial dan tinggi kos penyelengaraanya; pendek kata menyakitkan hati penggunanya.
Di dalam bulan Ramadhan ni banyak rancangan pengembaraan bersifat Islam seperti "Jejak Rasul" dan "Footsteps of the Phrophets" (tak tahu la siapa tiru siapa). Begitu banyak dipaparkan artifak-artifak dan bangunan serta kesenian Islam. Ramai yang tahu di dalam Islam; melukis atau mengukir bentuk benda hidup seperti manusia atau haiwan adalah dilarang. Inilah juga sebabnya kita tidak pernah melihat lukisan menggambarkan Nabi Muhammad saw.
Bila aku fikirkan, banyak hikmahnya tidak digambarkan Rasulallah saw itu, antaranya tidak berlakulah peng'idol'aan/pemujaan kepada elemen-elemen seperti lukisan dan arca seperti di dalam kebanyakan agama lain yang tentu meruntuhkan akidah. Tapi hikmah terbesar yang aku rasakan adalah kecintaan dan kepercayaan kita terhadap Rasulallah saw walau tanpa pernah bertemunya, melihat rupanya hatta gambar/ arcanya. Yang diketahui adalah akhlak dan amalannya di dalam hadis dan kitab Al-Quran yang diturunkan melalui lidahnya.
Terselit sedikit pengertian dan pengajaran tentang luaran dan dalaman di sini. Nilai dalaman (akhlak dan kepercayaan) itu lebih kukuh dan bertahan lama/kekal berbanding sesuatu yang fizikal. Maka di dalam senibina kita harus menekankan 'dalaman' berbanding 'luaran' . Allahualam.

Comments