Doaku, Niatku, Lakuku dan Hasilnya
Sepanjang cuti hari kebangsaan semalam, aku hanya duduk di rumah sambil bermain dengan anak-anakku. Tiada apa yang istimewa rasanya tentang hari kebangsaan buat anak-anakku kecuali kereta berhias di perarakan yang ditayangkan di TV. Banyak kenangan tentang kemerdekaan diimbau melalui rancangan TV dan aku masih melihatnya dari sudut niat, laku dan hasilnya.
Aku percaya kebanyakan yang kita capai/lalui bergantung kepada 3 elemen iaitu niat, laku dan hasil. Ketiga-tiganya haruslah ikhlas dan tulus dalam merealisasikan sesuatu tugas atau usaha, namun kuasa tuhan tetap mengatasi segala-galanya kerana hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Aku yakin dan pasti bahawa negara kita telah merdeka kerana niat yang suci, laku untuk mencapainya juga telah diharungi dengan tulus dan hasilnya telah kita kecapi. Nikmat tuhan yang kecil ini tak terhingga nilainya dan harus disyukuri.
Persoalannya kita kadangkala terlupa tentang 3 elemen ini dalam meneruskan perjuangan meneruskan kehidupan dan menikmati kemerdekkan. Banyak niat yang terpesong dek tarikan keduniaan dan kemewahan maka laku dan hasilnya tak perlulah dinilai; pasti terpesong jua.
Iparku baru pulang dari Makkah menunaikan umrah dan membangkitkan aku tentang 3 elemen tadi, kejayaan menunaikan umrah bermula dengan niat yang tulus, dengan laku (menyimpan duit) yang tulus dan Insyaallah dipermudahkan Allah di dalam mencapai (hasil) cita-cita tersebut. "Aku kini berniat untuk memulakan usaha sebegitu ya Allah".

Comments