Mengawal Fokus
Agak lama juga aku tak berkesempatan menulis idea picisan, sibuk! alasan biasaku untuk menyenangkan hati, hakikatnya aku mungkin tidak 'sibuk' sangat cuma fokus ku tertumpu kepada kerja-kerja lain selain menulis di sini. Fokus dalam kerja memang amat penting... namun memberi pelbagai fokus (multi focus) ketika melakukan pelbagai kerja (multi tasking) berlainan memang sukar.
Ketika menulis fikiranku kadang-kadang memikirkan pekara lain...susu anak, road tax kereta, persediaan subjek dan macam-macam lagi bergantung kepada keadaan dan masa. Yang teruknya jika fokus itu terpesong sebelum kerja itu bermula, aku gelarkan 'geseran untuk bermula' (resistance to change/start).
Selalunya jika ini boleh dilalui maka kerja boleh bermula atau dimulakan semula namun setelah itu datang hujanan 'fikiran' yang menghilangkan fokus ketika berkerja selain gangguan/halangan fizikal menjadikan kerja terbantut atau lewat.
Malah ketika kerja hampir siap sekalipun ada halangan 'fikiran' untuk menyiapkannya. Dirasakan ada sahaja yang boleh diperbaiki namun sebenarnya kerja harus berhenti atau diberhentikan olehku di satu titik jua jika tidak di sini di tempat lain. Soalnya bagaimana mengawal fokus?

Comments