Puasa dan Ramadhan

Hari ini hari ketiga kita semua berpuasa....selamat melakukan ibadat di bulan Ramadhan kepada semua umat Islam.

Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan puasa kerana di dalam bulan ini kita semua diwajibkan berpuasa...selain berpuasa di dalam bulan ini kita juga digalakkan menambah amal ibadat seperti bersembahyang tarawih. Pelbagai acara yang meriah di dalam bulan ni; pasar ramadhan, more', majlis berbuka puasa, persiapan nak raya dan macam-macam lagi.

Sesekali bermain di fikiranku apa makna sebenar puasa atau Ramadhan itu, apakah hikmah sebenarnya disebalik Allah mengadakan bulan yang semulia dan tinggi keberkatannya ini, di bulan ini Al-Quran diturunkan dan perintah bersolat 5 kali sehari dikeluarkan. Amalan zakat fitrah juga dilakukan di dalam bulan yang mubarak ini. Hampir kesemua rukun Islam berhubung rapat dengan bulan Ramadhan kecuali menunaikan haji ( bagi yang berkemampuan)...Allahualam.

Ya Allah kau berikan aku kekuatan agar dapat aku menambah amalanku di bulan yang kau jadikan penuh dengan limpahanmu ini. Amin..

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon