Idea tenggelam timbul

Kita sering mempunyai idea tapi ianya sering terlepas dari ingatan apalagi untuk direalisasikan, disini lah kepentingan menulis dan melukis hadir. Aku sedang menghabiskan sebuah buku ilmiah bertajuk 'The Myth of Laziness' (Momokan tentang Kemalasan) menarik juga, kesimpulan awalnya mendedahkan kemalasan adalah berpunca kegagalan psiko-neuro dan contoh yang paling jelas adalah 'menulis'.
Menulis adalah satu kerja yang melibatkan pelbagai aktiviti psiko dan neuro, semasa menulis otak kita berfikir dan menyusun ayat sambil mengeja..tangan menaip/menulis berdasarkan 'puncutation' dan ejaan yang selaras, semuanya agak kompleks jika diperhatikan....maka tidak hairanlah tidak ramai yang menulis. Masalah sebenarnya adalah masalah menghasilkan 'output' kerana menghasilkan 'output' memerlukan kemahiran psiko-neuro yang dilatih dan dipertajamkan kemahirannya. Mungin kerana inilah kita dikatakan menggunakan kurang 10% dari keupayaan otak kerana kebanyakan idea tak di'output'kan maka ideapun tenggelam timbul.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon