Sains dan Manusia

Minggu lepas, aku telah membawa sekumpulan pelajar B.Arch IUCTT ke Pulau Pinang untuk sebuah lawatan akademik. Kami telah singgah di kampus Universiti Sains Malaysia, yang ketika itu 'kosong' kerana cuti semester. Banyak 'fikiran/idea' lama yang telah aku tinggalkan di USM selama ini menjelma kembali...antaranya perkataan 'sains' itu sendiri.

Ketika di pertengahan pengajian aku di sana, kami pernah membincangkan perkataan 'sains' itu sendiri sebagai muhasabah apakah arahtuju dan peranan kami sebagai mahasiswa sebuah universiti bernama 'sains'. Satu perbincangan yang amat menarik yang menyedarkan aku bahawa 'aku ketika itu' sebenarnya sedang dibentuk bertunjangkan falsafah yang lahir sejak zaman Plato dan Aristotle. Aku juga bertanggungjawab mendukung idea bahawa 'kebanyakan benda di dunia ini harus mampu diterangkan secara objektif oleh dan dengan kaedah sains'.

Kami memulakan perbincangan dengan apakah yang dinamakan 'sains' itu:

Ketika di tingkatan 4 dan 5 aku bersekolah di Sekolah Tuanku Ja'afar yang baru sahaja ditukar namanya dari Sekolah Sains Negeri Sembilan, tiada aliran 'sastera' di sekolah ini maka semua pelajarnya wajib mengambil aliran 'sains'. Subjek-subjek utama yang perlu diambil adalah Biologi, Kimia dan Fizik, aku yang meminati matapelajaran Sejarah dan Lukisan terpaksa membatalkan hasrat mempelajari matapelajaran tersebut..di sinilah lahir di fikiranku bahawa subjek Biologi, Kimia dan Fizik adalah sains.

Ketika mula menjejakkan kaki USM, aku agak terperanjat kerana ramai pelajar aliran 'sastera' yang memasuki universiti 'sains'...ketika itu baru aku sedar yang bidang sastera juga sebenarnya salah satu cabang bidang sains yang dipanggil 'sains sosial' di USM majoritinya dimasukkan di bawah Sekolah Ilmu Kemanusiaan...nama sekolah yang aku cemburui kerana bagiku ilmu sebahagian besarnya adalah untuk kemanusiaan...hakikatnya 'ilmu sains' itu sebenarnya adalah satu namun dikategorikan untuk lebih mudah dijelaskan dan difahami.

'Pengkelasan ilmu' tersebut telah menjadikan ilmu itu terpisah dan orang lebih cenderung menumpukan perhatian kepada satu cabang khusus sahaja. Tidak hairanlah amat sukar untuk melahirkan sorang yang pengetahuannya merangkumi pelbagai cabang ilmu seperti cendikiawan lampau kerana sistem sekarang menghadkan penumpuan pencari ilmu (pelajar) itu. Secara umumnya terdapat 3 kelas ilmu di dalam sains: 1. Sains Tabii' (Natural/benda tak bernyawa) 2. Sains Biologi (benda bernyawa) dan 3. Sains Sosial (benda sosial). Matematik agak berlainan dari semua kelas ini namun tidak pula dikelaskan sebagai satu kelas berlainan kerana ianya adalah satu 'alat' yang digunakan oleh kesemua kelas tersebut.

Sebenarnya banyak yang dibincangkan tapi banyak yang aku sendiri tak ingat lagi kerana tak aku catatkan...tapi aku masih ingat terdapatnya satu kenyataan bahawa 'sains telah mati' (science is dead) sebagai pernyataan kerana banyak pekara yang masih tidak dapat dijelaskan oleh sains dan sesetengah kenyataan/teori sains itu terbukti salah oleh sebuah lagi teori namun kedua-dua teori masih diterima pakai dan diajar atas sebab praktikal. Maka di mana letaknya integriti sains bila sesuatu yang terbukti salah masih diterima pakai sedangkan ini bertentangan dengan falsafah sains itu sendiri.

Jika 'sains telah mati', masih relevankah sebuah universiti sains di Malaysia?:

Banyak dari rakanku malah aku sendiri percaya bahawa jawapannya pastinya tidak relevan lagi sebuah universiti sains di era tersebut, namun di dalam perbincangan tersebut 'kematian' sains disebabkan oleh sebuah kenyataan yang agak emosional dan penafian mendadak terhadap sebuah sumbangan yang besar oleh sesebuah bidang ilmu. Kematian sains bukannya titik akhir seperti matinya seseorang manusia, ilmu tidak akan mati sebagaimana manusia kerana ianya akan terus wujud selagi ada pengetahuan(dalam kepala dan buku) dan amalannya.

Kami akhirnya menyimpulkan yang sains masih relevan namun falsafahnya harus disesuaikan dengan keadaan semasa, sains juga seharusnya lebih liberal dan terbuka agar memenuhi aspirasi kemanusiaan dan ketuhanan. Sebagai sebuah negara islam-falsafah sainsnya seharusnya bertunjangkan keislaman, sains adalah alat untuk kita memahami/mengenali tuhan dan alam kejadiannya. Sains juga harus terus digunakan untuk pembangunan sejagat berdasarkan falsafah 'Kami Memimpin' sebagai orientasi utama aktiviti sains yang seharusnya dilihat dan difahami sebagai sebuah ibadat.

Jadi apakah halatuju mahasiswa 'sains'?:

Mudah sahaja, untuk membantu manusia memahami/mengenali tuhan dan alam kejadiannya serta menjadikan hidup adalah ibadah yang menyumbang kepada pembangunan sejagat.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon