Kreativiti dan Negara

Sibuk diseluruh negara memperkatakan tentang 80,000 graduan menganggur, inilah dilemanya negara yang mempunyai banyak 'sumber insan' tetapi tidak punya tempat untuk digunakan. Juka dilihat secara luas ianya adalah 'pembaziran sumber' dan lebih luas lagi dikatakan sebagai kurang menghargai nikmat tuhan (Allah sahaja yang maha mengetahui).
Membincangkan persoalan sebegini besar mungkin tidak boleh dikategorikan idea picisan, isunya merangkumi segala bidang termasuk pendidikan, pentadbiran, ekonomi, politik dan sosial. Aku hanya berminat untuk melihat 'kreativiti' sebagai satu sumber insan yang boleh dimajukan dan dipasarkan sehingga boleh dianggap sebagai satu komiditi negara.
Hasil kerja kreatif secara 'tradisinya' amat unik kerana ianya seharusnya boleh dihasilkan tanpa modal yang banyak dan campurtangan pihak lain; contohnya sebuah lukisan boleh dihasilkan oleh seorang pelukis tanpa bantuan sesiapa, begitu juga lagu, lirik, arca atau ukiran. Namun begitu, hasil kerja sebegini agak sukar untuk memberi pulangan yang tinggi kecuali untuk beberapa insan yang bernasib baik, telah melalui proses panjang untuk terkenal dan diiktiraf bakatnya. Namun tidak bermakna kerja seni itu bernilai rendah dari segi pulangannya (return) tetapi jika dilihat dari segi nilainya (value) memberi banyak kebebasan kepada penghasilnya dari banyak segi terutamanya masa, bentuk penghasilan dan yang terpenting kepuasan diri (self esteem).
Seperti juga sumber lain, kreativiti juga boleh dipasarkan keluar negara namun usaha sebegini juga besar dan memerlukan sokongan kewangan dan pemasaran yang terancang. Kerja seni yang boleh dipasarkan juga mula lebih kompleks dan melibatkan pelbagai pihak dan pelbagai kerenah. Isu sebegini amat tidak disenangi oleh penghasil seni kerana mereka tidak suka dibebankan dengan masalah yang mereka anggap remeh berbanding nilai seni itu sendiri. Persoalan kualiti juga muncul disini kerana kualiti biasanya dilihat sebagai proses mencapai standard sedangkan seni itu kebanyakkanya cuba lari dari standard atau mencabar standard itu sendiri.
Banyak lagi yang boleh dibincangkan dan diolah, namun kesempatan kali ini membataskan aku untuk menamatkan tulisanku hari ini setakat ini sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon