Bermulanya Langkah

Hari ini bermulanya sebuah langkah kecilku untuk menulis idea-idea picisanku di dalam BLOG Idea Picisan ni. Menulis bukan baru bagiku tapi menulis idea-idea yang dianggap picisan agak sukar juga; mungkin kerana garisan yang memisahkan idea besar dan idea picisan teramat tipis.
Ironinya adakah pemikir-pemikir besar tidak pernah punyai idea picisan? atau idea mereka semuanya picisan sehingga dibuktikan dengan ilmu bahawa idea-idea picisan itu sebenarnya besar.


Semoga langkah kecil ini menjadi besar dan menyumbang kepada dunia penuh keilmuan milik tuhan yang esa ini. Amin.

Comments

Anonymous said…
Well done bro., keep up the good work!

zul

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon