Ilmu mencari ilmu

Minggu lepas kawanku Zulakhmar, memberi komen tentang persamaan tulisanku tentang persoalan asas dalam mencari ilmu dengan proses perancangan strategik/'Strategic Planning', sebuah bidang yang Zul jurusi(mastering). Sayangnya komen itu dinyatakan secara lisan dalam satu perbualan kami. Aku terpanggil untuk menulis lagi tentang mencari ilmu atas komen tersebut kerana perbincangan picisan menjadi agak berat dan sinis dalam masa yang sama.

Dalam beberapa tulisan yang lalu bertajuk [1]Baca dan Tulis dan [2]Teruskan Menulis dan Menulis, banyak aku bincangkan tentang susahnya untuk menulis. Tahniah Zul, kerana nampaknya dia ada cerita yang hendak diceritakan dan dikongsikan, tapi lebih baik jika ceritanya itu disampaikan dengan menulis (seeloknya memberi komen di Blog ini) kerana dengan ini penulisan dan pokok perbincangan menjadi lebih berkembang. Aku (dan mungkin pembaca blog ini yang lain-kini dan masa depan) akan lebih terdedah kepada pandangan serta perspektif lain. Tak kisahlah jika pandanganku ditolak jika ada pandangan yang lebih baik kerana kita berniat untuk berkongsi ilmu dan bertukar pandangan, SESUATU YANG DIGALAKKAN DI DALAM ISLAM dengan batas-batas tertentu.

Aku menulis kisah ini kerana ianya satu kisah benar dan mempunyai teladan yang baik serta aku percaya ramai orang bijak seperti Zul dapat membangunkan idea picisan. Selain itu ianya satu contoh mudah bagaimana ilmu seharusnya berkembang lebih cepat di era teknologi maklumat ini.

Plato terpaksa belajar bertahun-tahun untuk memahami falsafah Socrates dan membangunkanya selama bertahun-tahun lagi sehingga ke akhir hayatnya. Hasil-hasil kerja terakhir Plato menjadi petunjuk dan pegangan ramai anak muridnya termasuk Aristotle yang menjadi dasar kepada kaedah keilmuan (terutamanya sains) kini. Aku percaya dan yakin Plato bukan orang pertama membangunkan ilmu tersebut cuma mungkin dia orang yang pertama menulis tentangnya atau tulisannya dirujuk. Betapa lamapun ianya diasaskan ianya terus dirujuk semuanya kerana ianya DITULIS.

Maka tidak hairanlah jika pendekatan aku tentang mencari ilmu (yang aku sendiri tidak tahu rantaiannya dari Socrates)menghampiri apa yang Zul belajar tentang Perancangan Startegik (yang aku juga yakin Zul tidak tahu rantaiannya dari Socrates). Kerana asas kepada ilmu yang kami terokai adalah sama falsafahnya biarpun lain cabangnya.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon