Intelek dan Kerohanian

Intelek dan Kerohanian

Aku baru sahaja membaca sebuah buku oleh Mortimier J.Adler bertajuk Intellect: mind over matter, sebuah buku tentang nilai intelek yang menjadikan pemikiran manusia itu lebih tinggi berbanding haiwan. Banyak fakta-fakta menarik yang dibincangkan bagi menerangkan yang manusia ini bukan 'materilistik';yang dimaksudkan dengan 'materialistik' di sini adalah wujudnya elemen-elemen tidak material di dalam manusia (ianya bertentangan prinsip yang dipegang oleh sains sejati). Perlakuan manusia berfikir contohnya dapat diterangkan sebagai sintaks-sintaks elektrik yang berlaku di dalam otak (dari neuron ke neuron) kesan dari rangsangan pancaindera dan menghasilkan tindakbalas; namun banyak pekara yang belum dapat diterangkan. Contohnya kenapakah tindakan kita boleh berbeza biarpun rangsangan yang diberikan adalah sama, di dalam hukum alam fizikal (yang boleh diandalkan) tindakan kita seharusnya sama bila rangsangan yang sama diterima, barulah ianya satu hukum yang boleh diandalkan. Banyak pekara kerohanian yang masih menjadi persoalan bagi ahli psikologi, bagaimana pengalaman kerohanian yang tidak bersifat fizikal boleh begitu menguja manusia dan kelompok sekitarnya? Bagaimana pula manusia boleh berkongsi rasa tersebut dan merasakan keperluannya terhadap rasa kerohanian?

Apapun ianya memang sebuah buku yang menarik untuk dibaca.

Aku juga baru menonton sebuah drama bersiri bertajuk 'Jack and Bobby', sebuah kisah tentang pengalaman hidup keluarga Kennedy. Dalam siri ini isunya lebih kepada soal kerohanian (agak kebetulan berkait rapat dengan buku yang aku baca malam itu). Dalam episod kali ini, Bobby merasakan yang dia memerlukan pengisian kerohanian (kerana ianya fitrah manusia), ianya bertentangan dengan apa yang ibunya (seorang pensyarah sejarah dan pejuang feminism) perjuangkan; ibunya merasakan ramai kaum wanita menjadi mangsa diskriminasi agama, malah melihat wanita islam bertudung sebagai mangsa diskriminasi agama yang kolot. Ianya menimbulkan konflik di dalam keluarga dan universiti di mana ibunya memberi syarahan. Banyak yang berlaku tapi pengakhiran episod itu amat menarik, seorang pelajar Islam yang dituduh kolot oleh ibunya menjelaskan kenapa ia beragama Islam serta bertudung:
"Saya bertudung kerana ianya sebuah cara hidup yang melambangkan kebebasan, saya tinggal serumah dengan dua orang perempuan yang Anorexia dan mereka sebenarnya terperangkap di dalam fahaman yang puan dukung (penidakan keperluan rohani), mereka obses dengan tubuh mereka yang bersifat material semata-mata; merekalah yang sebenarnya tidak bebas dan cara saya berpakaian ini membebaskan saya dari obsesi menghancurkan diri sendiri seperti mereka"


Aku tergamam dengan kecelaruan sebegini yang mungkin kini wujud di dalam masyarakat kita.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon