Legasi

Aku baru sahaja menghabiskan sebuah buku bertajuk 'Outliers' oleh Malcolm Gladwell; (buku tersebut telah diterbitkan tahun lepas namun versi 'paperback'nya baru sahaja di Malaysia.) Dalam masa yang hampir sama juga aku baru habis menelaah kembali sebuah jilid pertama 'Tafsir di Radio' buah tangan Tuan Guru Ahmad Sohandji. Dua buah buku yang berbeza namun pokok isinya hampir sama malah pendekatanya juga hampir serupa; kedua-duanya menyentuh tentang 'Legasi'.
Ketika di tahun kedua pengajianku di USM; tema bengkel senibina anjuran UTM ketika itu bertema 'Legase', aku hanya jadi pemerhati sahaja ketika itu, banyak akiviti-aktiviti dilakukan berlandaskan tema yang sama, sungguh meriah dan warna-warni; namun entah berapa kerat dari kami yang betul-betul mendalami maksud 'legase' tersebut; namun sehingga kini aku menyanjung usaha UTM memertabatkan senibina Melayu melalui KALAM.
Dalam 'Outliers'; Gladwell dengan panjang lebar, diselitkan beberapa penemuan saintifik dan cerita-cerita menarik menceritakan hubungkait di antara 'kejayaan' dan 'legasi'. Secara sedar atau tidak 'kejayaan' kita hari ini adalah hasil dari 'legasi' nenek moyang kita. Menariknya Gladwell menekankan pengaruh 'warisan' persekitaran (dalam konteks senibina juga sebuah legasi) berbanding pengaruh genetik dan IQ di dalam menentukan kejayaan seseorang.
Dalam surah Al'Baqarah; diceritakan pelbagai kisah tauladan tentang para rasul yang sentiasa mengingatkan manusia agar kembali kepada 'legasi' kita yang asal, bermula dengan kisah Nabi Adam; kisah permulaan legasi 'syaitan' sebagai musuh manusia yang nyata; kisah kehinaan Bani Israel yang ditindas Firaun kemudian diselamatkan Nabi Musa namun begitu cepat lupa 'legasi'nya sehingga berpaling menyembah seekor lembu betina emas biarpun baru ditinggalkan Nabi Musa tidak sampaipun 40 hari. Begitu banyak peringatan melalui para nabi, rasul dan kitab namun manusia sentiasa lupa akan 'legasi'nya. Biarpun kisah di dalam surah tersebut menceritakan perihal keburukan sikap Bani Israel tetapi hakikatnya kita orang Islam pun banyak mewarisi perilaku Bani Israel yang diceritakan, lupa diri dan 'legasi' kita ini diciptakan.
Birpun kita ini secara genetiknya mungkin jauh dari Bani Israel, namun sikap meneruskan 'legasi' sikap Bani Israel tersebut boleh menjadikan kita dimurkai tuhan; golongan kedua yang menuruti jejak Bani Israel adalah Bani Nasrani yang juga lupa dan terpesong 'legasinya'. Kedua-dua kaum ini cukuplah untuk menjadi contoh bagi tuhan menyindir kita tentang kelemahan kita dalam mengingati 'legasi' kita yang sebenarnya.
Ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang lurus yang engkau redhai, bukan jalan orang-orang yang engkau murkai. Amin.
Comments