Bahasa Jiwa Bangsa

Semalam aku berkesempatan menulis beberapa buah pantun, satu amalan yang sangat jarang-jarang aku lakukan; tetapi hari ini aku terpanggil untuk menulis tentang bahasa dan bangsa; secara jujur aku menyokong perjuangan pemansuhan PPSMI kerana ianya bertentangan dengan perjuangan kemerdekaan sejati.
Bahasa memanglah satu alat yang penting di dalam memajukan bangsa dan bahasa juga satu petunjuk aras ketamadunan sesebuah bangsa. Bahasa Melayu pernah diterima pakai sebagai bahasa pertuturan terpenting di rantau ini (lingua franca). Bagi aku ianya lebih dari itu, ianya juga lambang kemajuan tamadun Melayu yang dihormati ketika itu.
Kenapa ada orang kita yang merasakan 'rendah diri' bila berbahasa Melayu, takut dianggap kurang maju dan berdaya saing jika tidak berbahasa Inggeris? Ianya adalah lambang kerendahan jati diri sesebuah bangsa, kerana merasakan dirinya sentiasa lebih rendah martabatnya dari orang Inggeris. Segala yang orang Inggeris buat itu hebat dan kita tidak mungkin mencapai taraf sebegitu, maka cara terbaik untuk mencapai taraf seperti mereka adalah dengan menjadi seperti mereka (sekurang-kurangnya meminjam sepatah dua perkataan mereka atau lebih baik jika boleh melakukan segalanya seperti mereka). Meniru kemajuan dan peradaban (malah bahasa sekalipun) sesebuah bangsa itu tidak apa tetapi merasakan martabat bangsa dan jati diri bangsa sendiri itu rendah sebenarnya tidak merdeka malah tidak Islamik.
Kita secara tidak sedar (atau sedar) mencipta momokan tentang bangsa kita sendiri. Bila momokan sebegini secara tidak sedar menyelurusi urat nadi bangsa kita maka rendahlah martabat bangsa kita ini selamanya. Segala yang Barat dan Timur kita buat akan kita puja dan junjung biarpun ianya bertentangan dengan norma bangsa dan agama kita. Bolasepak Eropah akan terus maju ke hadapan dan 'jersey'nya menjadi kegilaan muda mudi kita; pasaran muzik barat akan terus laris di pasaran dan ikonnya dipuja separuh gila; malah cara hidup barat dianggap cara hidup yang sempurna; hanya falsafah barat mendapat sokongan sedunia dan difahami secara berleluasa; maka tidak hairanlah jika satu hari nanti ramai anak-anak kita tidak beragama.
Jangan pula sampai ada yang mengatakan aku anti Bahasa Inggeris, bukan bahasa yang aku sanggang tapi kemerosotan jati diri bangsa yang aku bimbang. Allahualam.

Comments