Perjuangan yang CELIK

Beberapa hari yang lalu, aku terpanggil untuk menulis tentang pemansuhan PPSMI, sebuah perjuangan yang aku rasakan amat relevan. Ramai yang memberi komen dan pandangan; terima kasih kerana sudi membazir masa membaca tulisan picisan tersebut.

Menyebut tentang sebuah 'Perjuangan', mungkin semua orang ada perjuangan mereka yang tersendiri. Ada yang berjuang untuk agamanya, ada yang berjuang untuk bangsanya, ada yang berjuang untuk bahasanya dan tak kurang juga yang 'berjuang' untuk 'poket' dan perutnya sendiri.

Hidup mungkin amat bosan dan tidak bererti tanpa sebuah perjuangan; tapi adakah kita sedar apakah yang kita perjuangkan sebenarnya? apakah manifestasinya? betul dan beretika kah niat, laku dan hasilnya?

Dalam sesebuah perjuangan pula kita selalunya mempunyai seorang 'wira' yang kita kagumi dan sanjungi. Seberapa mungkin kita cuba mencapai atau sekurang-kurangnya menyokong perjuangan wira tersebut. Tetapi kita tidak harus mencontohi wira tersebut membabi buta; soalan-soalan tentang perjuangan itu harus diuji juga ke atas wira tersebut.

Aku telah mula menguji.....dan sebenarnya aku kini mula sangsi atas perjuangan seorang 'wira' yang aku sendikan perjuangannya selama ini; biarpun niat 'baru'nya kini aku tak pasti tetapi laku dan hasilnya terlalu jelas men'CACAT'i malah membelakangi niat perjuanganya selama ini. Maka aku menjadi tidak pasti...

Ya Allah berikan petunjuk kepadaku dan rakan-rakan seperjuanganku...jangan kau 'BUTA'kan hati wira perjuangan kami...kalau betulpun dia di'BUTA'kan maka celikkanlah hatinya agar kembali ke NIAT perjuangan yang diredahi....Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon