Bentuk, Ruang, Waktu dan Ekonomi?!!!

Agaknya masa terlalu mencemburui aku dalam sepertiga bahagian terakhir tahun 2009 ini. Lebih sebulan aku berkerja tanpa menikmati hujung minggu sehinggalah minggu lepas bila aku mengambil cuti yang agak panjang. Kesempatan itu aku gunakan untuk menghabiskan sebuah buku ringkas bertajuk 'The Economic Naturalist' oleh Robert H Frank (setelah hampir 3 bulan membiarkannya di sisi katil).

Pagi tadi bila aku tiba di pejabat, Dekan memaklumkan yang kami perlu menghadiri mesyuarat dengan DVC yang baru; aku juga dikejutkan dengan susunan meja-meja di dalam pejabat yang telah diubah selain dindingnya telah diwarnakan atas inisiatif rakan-rakan sekerja semasa ketiadaanku. Biarpun baru seminggu aku bercuti, kebetulannya di waktu itu begitu banyak perubahan di dalam bentuk dan ruang aku berkerja.

Hakikatnya, Allah kali ini memberikan aku nikmat dengan kesegaran bentuk, ruang dan waktu yang baru; bentuk susunan meja yang baru, ruang yang lebih terbuka, waktu untuk aku 'berkemas' dan lari dari rutin kebiasaan di pejabat.

Di dalam mesyuarat pula DVC baru menyatakan cita-citanya untuk melaksanakan perubahan dalam satu jangkamasa waktu yang munasabah, beliau juga meminta agar kami memberi ruang kepadanya untuk mem'bentuk' kembali orginasasi pentadbiran kami agar lebih effektif dan lebih berdaya saing.

Mungkin kerana masih obsesi dengan idea 'Economic Naturalist'; aku cuba memahami situasi-situasi yang berlaku secara 'economics'. Adakah penerangan berlandakan 'economics' pekara-pekara ini berlaku?

Kenapa staff mengambil inisiatif mengubah susunan meja dan mengecat dinding pejabat dengan warna yang baru, sedangkan tiada upah diberikan dan ianya seharusnya tugas pihak pengurus bangunan?

Kenapa organisasi sentiasa diubah secara konsistant, sedangkan perubahan memerlukan perbelanjaan tambahan serta seringkali mengelirukan banyak pihak dan membentuk banyak masalah sampingan?

Apakah yang mendorong kita untuk sanggup menghabiskan duit untuk pergi bercuti di tempat yang jauh sedangkan ianya lebih memenatkan berbanding duduk di rumah dan tidur ketika bercuti?

Insyallah dalam kesempatan lain aku akan cuba berkongsi pandanganku sendiri setelah mendengar pandangan rakan-rakanku nanti.

Comments

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon