Jawapanku buat Soalan Pertama

Dalam tulisanku yang lepas aku telah bertanyakan beberapa soalan dan ini adalah jawapanku untuk soalan yang pertama:

Kenapa staff mengambil inisiatif mengubah susunan meja dan mengecat dinding pejabat dengan warna yang baru, sedangkan tiada upah diberikan dan ianya seharusnya tugas pihak pengurus bangunan?


Untuk jawapannya mungkin kita harus memahami salah satu prinsip ekonomi yang paling asas iaitu konsep 'kos-faedah' (cost-benefits);

kita akan sanggup untuk melakukan/membayar sesuatu hanya jika kita merasakan pulangan/faedahnya berbaloi

Andaikan jika kita ingin minum teh tarik sambil menonton bola, semua orang sedar yang ianya boleh dilakukan dengan murah di rumah tetapi ramai yang sanggup memandu jauh, meninggalkan keselesaan rumah dan membayar harga teh tarik 'komtar' yang rasanya sangat 'kaw' (alasan utama untuk menafikan rasa teh di rumah). Yang kita bayar sebenarnaya adalah sebuah 'suasana' yang dapat dikongsikan bersama rakan-rakan seperjuangan (yang memakai jersi yang sama warna selalunya).

'Suasana' itu yang kita rasakan berbaloi untuk dibayar dengan wang, tenaga dan masa yang dicurahkan.

Mungkin kerana 'suasana' itu juga yang mendorong rakan-rakan sekerjaku melakukan kerja-kerja menyusun meja dan mengecat dinding dengan 'ikhlas'.


Kerana 'suasana' itu juga mereka meredah perjalanan jauh setiap hari ke tempat kerja dan membayar harga 'parking' yang tidak murah khabarnya.

Kerana 'suasana' yang sama ramai yang setia di saat 'kapal tiris' dan 'lautan bergelora', biarpun ditawar 'intan permata', biarpun peluang di depan mata.

Semua ini membuatkan aku hairan dan kembali bertanya kepada soalan 'berbaloikah semua ini?'.

Tetapi bila aku diminta RM20 untuk 'suasana' ini dan aku masih membayar tanpa rasa yang berat....aku rasa aku pasti akan jawapannya.

Alhamdulillah!!! untuk rasa kepastian ini.....


Berbaloi-baloi.....







Comments

Hafitah said…
memang berbaloi.....
bila senang dimata, dihati pun senang juga
Anonymous said…
suasana di FABE memang tak ternilai, banding kan lah dengan mana-mana tempat "hakiki" pun

Popular posts from this blog

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon