PAGI



Setiap hari kita dimulakan dengan sebuah 'Pagi'. Oleh kerana ianya sebuah permulaan maka kesannya terhadap seluruh 'mood' hari tersebut memang nyata.

Ramai 'psikologist' yang percaya bahawa warna baju yang kita pilih di waktu pagi menggambarkan mood kita di hari tersebut, iklan 'Nescafe' menggambarkan indahnya pagi bila menikmatinya, 'Hujan Pagi' tajuk sebuah novel berat A.Samad Said, embun pagi adalah lambang kesucian yang menjelma sekejap sebelum hilang (teringat lagu Letto 'Sebelum Cahaya'), doa yang makbul adalah di sepertiga malam (awal pagi), apa-apa pun pagi memang satu detik yang mempengaruhi diri kita.

Aku boleh secara 'vivid' mengenali beberapa pagi yang pernah aku lalui; bunyi lagu 'mari bersenam' ketika aku di asrama, celoteh 'mat cermin' di dalam SPM serta segmen Jejak Kasih ketika aku menjalani latihan amali, Lagu Roy 'Sejahtera Malaysia' ketika menaiki bas ke ofis di Taman Tun, roti canai dan teh tarik mamak di Gelugor, matahari terbit di Gunung Kinabalu (rindu betul pemandangan ni), Suara Dr Fadzilah Kamsah dalam Motivasi Pagi, hiruk pikuk King's Cross ketika aku baru sampai dari Birmmingham, pagi kepergian arwah isteriku dan banyak lagi.

Sebagai Arkitek, ada lawak sinis mengatakan:

"you've been at many sunrises, yet you've never seen one"

Ada bermacam cara kita memulakan pagi dan cuba menjadikan ianya ceria dengan harapan ianya akan berkekalan kepenghujung hari, di hari yang teruk kita berharap esok pagi akan menjelma lebih cepat dan segalanya berubah menjadi ceria di pagi yang baru.

Namun pagi juga petunjuk yang masa untuk kita semakin sedikit (secara langsung untuk seorang arkitek di hari 'submission') dan mungkin juga kita ditakdirkan tidak bertemu esok pagi.

Allahualam

Comments

Hafitah said…
i should agree with you. Sometimes what happens in the morning, could really affect the things that happen the whole day.
rizalhusin said…
That is why 'some people' need Motivasi Pagi....and 'Selamat Pagi Cikgu' adalah doa yang baik untuk seorang guru.

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon