Menentang Arus

Masih terasa lagi suasana hari raya aidilfitri, kini sudah lebih seminggu dirayakan. Setelah sekian lama persiapan disediakan kini ianya diraikan beramai-ramai. Tahun ini seperti tahun lepas hari raya disambut hampir serentak dengan hari deepavali, menjadikan hampir segalanya semakin sesak; shopping kompleks, bazar ramadhan, jalanraya, lebuh raya, hentian R&R malahan jalan kampung pun boleh jam.Bila lebuhraya sesak maka selalunya 'laluan kontra'/menentang arus dibuka untuk sesetengah laluan yang sempit, itupun belum menjamin kesesakan akan beransur pulih.
Baru-baru ini aku terpaksa balik pukul 1.00 pagi ke KL kerana nak mengelakkan kesesakan dari Melaka-Seremban. Alhamdulillah, tiada kesesakan langsung. Bagiku inilah hikmah 'menentang arus'; biarpun aku bukan melalui laluan kontra di Seremban, tapi bertindak dan berfikir menentang arus. Bahayanya jika semua orang 'menentang arus' maka masalah akan tetap ada tapi kebarangkaliannya memang sedikit kerana kita sering suka mengikut arus dan bukan menentang arus.

Comments

Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Jawapanku buat Soalan Pertama

Kos Faedah dan Nilai

Aku bukan Teflon