Islam...Senibina
Aku amat teruja dengan perbincangan dua sahabat yang cuba mengertikan tentang Senibina Islam. Satu persoalan yang memang sukar dijawab; perbincangannya boleh berlarutan agak panjang. Aku sedar kedua sahabat tersebut sedang menyesuaikan diri dengan persekitaran mengajar yang baru dan aku mohon meminta izin untuk mencelah dan menyatakan idea picisanku tentang pokok perbincangan mereka.Pertamanya, mungkin ramai orang di dalam bidang senibina tidak pernah berupaya mendefinasikan apakah itu ‘Senibina’. Malah mungkin lebih mudah menceritakan apakah yang ‘bukan Senibina’ berbanding ‘Senibina’ itu sendiri. Mungkin kalau dibincangkan di sini kita dengan mudah terperangkap dengan ‘perangkap syllogism’; keterlaluan dalam membincangkan makna sesuatu perkataan tetapi tidak membawa kepada keputusan atau hasil yang bermakna apatah lagi berguna kepada umat manusia.
Kebetulan minggu lalu aku dijemput ke sebuah perjumpaan dengan pelajar-pelajar UKM yang bakal menganjurkan Bengkel Senibina 2010. Terselit di dalam perbincangan itu tentang tema untuk bengkel tersebut; boleh dilihat kesungguhan pelajar-pelajar tersebut untuk memilih tema yang terbaik ,menarik serta mendalam maknanya, aku menyanjungi usaha mereka namun aku sempat menasihatkan mereka agar mengutamakan ‘pengisian’ berbanding ‘tajuk’.
Aku sendiri mengkagumi tamadun kesenian dan sains Islam di zaman kegemilanganya. Begitu banyak tokoh-tokoh dan hasil kersarjanaan yang dikatakan menjadi asas kepada kemajuan tamadun manusia ketika ini. Yang aku lebih kagumi adalah kejayaan satu bentuk ‘Ruh’ yang ditiupkan oleh Nabi Muhammad (dengan izin Allah) sehingga mengubah sebuah umat jahil yang berkelana di padang pasir menjadi sebuah umat yang bertamadun agung di segenap bidang di dalam masa yang sangat singkat. ‘Ruh’ yang sama mendorong Ibnu Sina mengkaji anatomi dan sistem aliran darah manusia. ‘Ruh’ yang sama juga mendorong ‘Al Khawarizmi’ mengkaji sifat alam semesta. Aku hampir pasti jika kita memiliki ‘Ruh’ tersebut, kita bukan sahaja mampu mendefinisikan ‘Senibina Islam’ malah lebih penting kita akan mampu ‘men-Islamkan Senibina’.
Mungkin tiga kisah permasalahan tadi boleh membawa perbincangan dua sahabat aku tadi ke’perspektif’ baru perbincangan mereka. Apa kata (1) kita mengenalpasti apakah yang ‘bukan Senibina Islam’ berbanding yang dikatakan sebagai ‘Senibina Islam’,(2) kita cari ‘pengisian’ berbanding ‘tajuk’ dan (3) mengkaji ‘Ruh’ yang bertiup kencang di dalam dalam jiwa sarjana-sarjana Islam sebenar.
Allahualam.
Comments
oops aku tak berapa cam hang ni :( dulu tak berapa hensem kot ;)
tapi 2,3 member tu rasa2 kenai gak mangganu, asri, tanjung.. ada nombor depa dak minta contact aku
0134411696 lor'e
(saifulshafie@yahoo.com)