Survival di dunia impian


Hari ini aku mengulang kembali sebuah buku yang aku baca lebih kurang dua tahun yang lalu.  Sebuah buku yang menceritakan secara ringkas bagaimana kita selalunya membuat keputusan terlalu pantas tanpa berfikir secara jelas.  Seperti gambaran kandunganya tadi, tajuk buku tersebut adalah "The Arts of Thinking Clearly" tulisan Rolf Dobelli.

Menelaah buku tersebut memang amat menarik, ianya berkait rapat dengan pemikiran bidang perilaku konsumer dan 'heuristic' dalam membuat keputusan yang dipelopori oleh Daniel Kahneman.  Banyak diceritakan yang kita ini seringkali membuat keputusan tanpa berfikir secara 'jelas' (clearly),  biarpun dalam  sebuah perkara yang jelas bila diteliti logiknya.  Kita juga seringkali terperangkap di dalam perangkap khilaf (fallacies) yang menyebabkan kita membuat keputusan yang salah.

Mungkin cuba menggambarkan apa yang aku fahami di dalam buku tersebut agak sukar diceritakan di sini tanpa memberi beberapa contoh:
  • Survival fallacy: Ramai orang bercita-cita untuk menjadi terkenal dan menjadi kaya dengan menjadi artis glamour.  Setiap hari kita membaca tentang keindahan dan kemewahan hidup para artis sedemikian.  Tidak hairan jika ada rancangan 'realiti' mencari bakat baru di dunia hiburan, ramai orang berpusu-pusu mencuba.  Ini kerana cerita tentang kejayaan artis tersebut selalu dipaparkan di dalam sebarang media.  Hakikatnya, apa yang kita tidak sedar adalah 'kegagalan' lebih ramai artis yang mencuba nasib untuk berjaya di dalam bidangnya.  Disebalik kegagalan tersebut terdapat lebih banyak kisah kegagalan yang 'tidak diceritakan' di dalam media.  Jika kita sedar tentang hakikat ini, akan lebih sedikit orang mencuba di dalam program 'realiti'.  Malah jika dilihat dari segi peratusan kejayaan menghasilkan seorang artis realiti, ianya nyata kurang dari 0.01%.  
Jika anda ditawarkan menceburi bidang lain yang peluang kejayaannya 0.01%, adakah anda akan terus mencuba?
  • Swimmer illusion fallacy: Ianya bermula dengan kisah penulis yang ingin mendapatkan bentuk badan yang menarik.  Setelah meneliti bentuk badan beberapa atlet dari beberapa sukan berlainan, beliau mendapati yang atlet renang (swimmer) memiliki bentuk badan yang paling menarik.  Seterusnya beliau mendaftar untuk mempelajari sukan renang dan mula melakukan latihan, namun setelah beberapa jangkamasa, beliau memahami yang bukan latihan renang yang menjadikan atlet renang memiliki badan sebegitu sebaliknya mereka menjadi atlet renang kerana mereka memiliki bentuk badan yang sebegitu dan sesuai untuk berjaya di dalam sukan tersebut.
 Hakikatnya, hasil yang kita sangkakan dari sebuah proses bukannya sebuah hasil, tetapi permulaan kepada proses tersebut.

Allahualam.

Comments

Popular posts from this blog

Kemenangan dalam Perjuangan yang Benar

Pelajar senibina, bengkel dan perjuangan.